Wednesday, September 3, 2014

Resepi : Biskut Chocolate Chips

Salam Ramadhan semua.

Sape yang tak suka biskut chocolate chips? Aku, mama aku dan budak² pon ramai yang suka. Even mak sedara aku yang dan 30-an pon still suka. Dah nak raya ni pon, memang sesuai la buat biskut ni.

Aku memang pernah buat biskut ni, tapi aku ciplak resepi die kat sini sebab die tulis lagi singkat daripada aku punya resepi. Biasa lah, aku belajar masa form 3 dulu.



Bahan - bahan

* 450g choclate chips
* 1 cawan badam kisar
* 2 sudu teh baking powder
* 11/2 ketul butter
* 1 cawan gula putih
* 1 cawan gula perang
* 5 cawan tepung superfine atau tepung ros
* 2 sudu teh serbuk koko
* 2 biji kuning telur
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu teh garam

Cara - Cara

1- Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang. Kemudian masukkan tepung superfine atau tepung ros dan telur sedikit demi sedikit. Gaul adunan hingga sebati.

2- Gaulkan tepung, choclate chips, baking powder, serbuk badam, koko dan garam hingga sebati.

3- Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi dan bentukkan ikut suka hati *selalu nya orang buat bentuk biskut*.

4- Bakarlah di dalam oven sehingga masak.

Kalo takot tak sedap, try la buat dalam kuantiti yang sedikit dulu. Bile dah rasa sedap, baru lah buat banyak² ye. Selamat mencuba! (^_^)

p/s : Aku tak buat apa² biskut dan kek raya pon sebab oven rosak. Tapi aku ada buat kek batik dengan agar². Balik kampung esok mak sedara aku nak ajak buat kuih raya :)

2 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^