Sunday, September 6, 2015

Resepi : Dadih

Selamat sejahtera.

Lagi resepi memasak. Kali ni aku nak bagitau cara² nak buat dadih pulak. Dadih ni memang aku sangat² minat. Boleh makan time² tengah hari, tak pon time menghadap pc ni.

Tambahan lagi, dadih ni senang di buat, cuma kena ada tangan yang kuat sebab kena kacau adunan tu secara berterusan sampai die masak. Tapi hasil die, memang sedap!



Bahan-bahannya :

Satu peket coffemate *450 gram*
Satu peket serbuk agar² *12 gram*
Satu tin susu cair
2 cawan gula
3000 ml air
secubit garam
Pewarna perasa *strawberi, serbuk koko, jagung atau apa saja*

Cara-caranya :

1- Masukkan coffemate, serbuk agar², susu cair, gula, air dan garam. Kacau rata sehingga mendidih.

2- Kalo nak buat beberapa perisa, bahagikan kepada beberapa bahagian.

3- Masukkan perasa. Kalo suka, boleh la masukkan nata de coco dan gaul hingga sebati.

4- Sediakan bekas. Cepat² masukkan adunan tadi ke dalam bekas. Boleh jugak tuangkan coklat hershey’s atau ketak kan strawberi *kalo buat perisa strawberi* di atas dadih tadi.

5- Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Tapi ada lagi satu cara yang memang super mudah. Beli je yang already made in. Senang, just ikot saja arahan kat belakang pecket. Tapi kena la tambah krimer. Selamat mencuba! (^_^)



Senang je kan? Macam² perisa ada. Selalu aku buat guna yang ni je lah sebab kalo nak buat sendiri, payah. Lagipon barang tak perlu guna banyak. Kalo ada duit lebih, baru lah aku buat. Tak pon, bodek je mama ;p

p/s : Aku pon nak buat jugaklah lepas raya ni! (^^.)

6 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^