Tuesday, September 8, 2015

Resepi : Mable Chocolate Cheese Cake

Selamat menjamu mata.

Lagi beberapa hari saja umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Kali ni pulak aku nak kongsi pasal resepi kek coklat keju. Ini adalah resepi yang ketiga yang ada kat dalam blog ni.

Kek ni sesuai lah di jamu pada hari pertama raya nanti. Pagi² tu semua orang makan apa yang ada. Rezeki jangan di tolak lah katakan. Rasa die memang sedap, tapi malang nya orang tak selalu buat sebab banyak steps kena ikot.



Bahan-bahan: (A)
180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri *diayak bersama serbuk koko dan baking powder*
170 gm gula castor
3 biji telur

Cara-cara :
1- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga sebati.
2- Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan-bahan: (B)
250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
1- Pukul cream cheese sampai kembang.
2- Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara menyediakan kek :
1- Tuang satu bahagian bahan A ke dalam loyang dan ratakan. Tuang adunan cream cheese *bahan B* di atasnya dan ratakan.
2- Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3- Bakar pada suhu 165C selama 50 - 60 minit ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.
4- Boleh letak coklat cair kat atas kek tu untuk hiasan.

Cucuk dengan lidi atau pon garfu untuk tau samada kek tu dah masak atau belom. Kalo melekat dekat lidi or garfu tu, mksud nya die tak masak lagi.

Selamat mencuba!!

p/s : Bulan² puasa ni, aku teringin pulak nak minum air rebina bandung. Sedap ke tak air tu??

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^