Wednesday, July 16, 2014

Resepi : Cara Memasak Nasi Goreng Hotdog

Selamat sejahtera.

Hari ni aku nak bagitau korang satu resepi nasi goreng hotdog yang aku rasa susah korang nak carik kat mana² buku resepi sebab ni merupakan resepi rekaan aku sejak aku darjah 6 dulu.

Resepi ni sesuai untuk orang² bujang yang agak malas nak keluar ke kedai untuk beli bahan² memasak serta sangat sesuai untuk orang yang 'alergi' terhadap sayur macam aku.


Teringat jugak aku kat adik aku yang pernah mintak aku ajarkan die cara masak nasi goreng ni sebab sedap katanya. Last², die masak dan buat jual kat sekolah petang.

Kadang² bila aku masak kat rumah, ramai je penyebok *adik aku* yang nak join aku makan. Dahla aku masak sikit je, bila habis, deorang suruh aku masak lagi. Walaupon agak menyampah, tapi zaman tu lah sweet sangat. Rindu deorang ♥

Oke, ni bahan² yang kita perlukan.,
1- Minyak masak,
2- Nasi putih,
3- Hotdog / fishball,
4- Garam *kalau perlu*,
5- Telur ayam,
6- Sos cili,
7- Kicap.

Mula² panaskan minyak. Boleh jugak letak minyak sapi atau majerin atau apa² saja. Kuantiti minyak bergantung kepada kuantiti nasik dan segala bahan goreng tu.


Goreng hotdog atau fishball atau apa² saja yang korang suka sampai masak aka garing. Kalau tak nak letak pon tak apa sebab ni sebagai penambah menu dalam makanan saja.


Kemudian, masukkan nasi yang telah di masak dan gaulkan sampai sbati dengan hotdog goreng tadi. Nasi panas atau sejuk, dua² boleh. Tapi lebih sesuai untuk nasi yang sejuk sebab ni nasi goreng


Kemudian, masukkan telur ayam mentah dan gaulkan sampai sebati. Berapa biji, terpulang kepada korang punya nasi. Ada yang suka banyak, dan ada yang tak.


Selepas tu, masukkan sedikit garam *kalau perlu*. Untuk pemakanan sihat, tak payah letak pon tak pa sebab nanti nak letak kicap jugak.


Masukkan kicap dan gaulkan sampai rata. Kemudian, masukkan pula sos cili dan gaulkan jugak. Amount kicap dan sos ni bergantung kepada banyak nasi yang korang guna.


Dan yang paling terakhir sekali, hidangkan dan nasik goreng korang dah boleh dimakan. Boleh letak sos cili lagi kalau korang suka. Sesuai dimakan bersama air rebina ais :)


So, apa tunggu lagi? Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^