Sunday, April 14, 2013

Kena Beli Banyak Hadiah Sebab Ada Ramai Adik :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

8 April hari tu, merupakan birthday adik aku yang kat bawah aku, Kak Ngah. Dia dah masok 16 tahun. Entry pasal tu ada kat sini.

Sebenarnya, adik² aku tak pernah miss bagi hadiah birthday kat aku sejak aku masok asrama masa tingkatan 1 dulu. Kadang² aku balik cuti ke apa, deorang bagi jugak. Even hadiah tu kadang² ntah pape, tapi aku sangat hahrgainya.


Kadang² aku sendiri yang tak ingat pon bila hari lahir deorang. Selalu jugak aku tak wish sebab lupa, apatah lagi kalau nak kasi hadiah. Aku pon tak ingat bila last aku bagi hadiah birthday kat deorang.

Oleh sebab aku akan balik akhir bulan 4 ni, aku nak bagi hadiah untuk hari lahir deorang untuk tahun ni. Aku balik seminggu je, dan aku cuti semester bulan 8 nanti, jadi aku akan suruh mama aku tolong bagi kat deorang bila time nanti.

Ni lah hadiah Nurul Zahidah yang baru je masuk umur 16 tahun pada 8 April yang lepas. Kak Long call hg hari tu, tapi hp hg off. Sorry tak wish.


15 Julai merupakan hari lahir adik aku yang ke dua. Nurul Zulaikha akan menyambut hari lahirnya yang ke-13 tahun nanti. Sekarang dia belajar kat sekolah agama. Sorry Laikha sebab Kak Long suruh mama masukkan Laikha kat sekolah agama. Kak Long harap satu hari nanti Laikha akan tau kenapa.


Nurul Zaafira binti Zulkiffli, adik aku yang paling nakal sudah pon menyambut hari lahirnya yang ke-11 tahun pada 19 Mac yang lepas. Seriously aku memang betol² lupa birthday dia ni sebab sangat busy dengan test. Sorry ye Kak Chik. Btw, untuk dia pon ada hadiah jugak. Hadiah ni sebab dia suka kumpul duit, so korang bole agak la kan hadiah ape :)


Seterusnya, adik aku yang ke empat, Nurul Zakirah binti Zulkiffli yang akan menyambut hari lahir yang ke-10 pada 10 September nanti. Penat aku pilih hadiah kat dia sebab aku confuse dia suka kaler apa dengan Zaafira tadi.


Last sekali, Mohd Zulkarnain bin Zulkiffli. Satu² nya adik lelaki aku dan merupakan anak paling bongsu. Birthday boy ni akan sambut hari lahir dia yang ke-6 tahun pada 12 Julai nanti. Aku rasa dia mesti akan suka hadiah ni. :D




HAPPY BELATED AND BECOMING BIRTHDAY kepada adik² Kak Long yang Kak Long sangat sayang. Semoga selalu berjaya dan menjadi anak yang soleh+solehah dan orang yang berguna (^__^) Terima kasih abah + mama.

17 comments:

  1. waa.... seronoknya.. nak jadi adik kaklong boleh tak??
    huhu.. happy becoming and belated besday adikadik ~~

    ReplyDelete
  2. happy besday untuk adik awak...sedapnyer coklat...

    ReplyDelete
  3. @SitiHajarFarahin !!
    hihi. mmg best dapat bnyak, nak bagi pon bnyak :)

    ReplyDelete
  4. ada juga happy becoming birthday yea

    ReplyDelete
  5. Wowwww, seronoknya dapat hadiah (:

    ReplyDelete
  6. tentu jadi kakak yg disayangi adik2..zayani nih.... :D

    ReplyDelete
  7. @shiema sufian
    haha.~ seronok dapat, seronok jugak membeli :D

    ReplyDelete
  8. @Ayie Abas
    haha.~ di sayangi dan ditakuti kot ;p

    ReplyDelete
  9. asal lah bg ak coklat.. gemok lah ak nnti.. dah lah ak ni doklangkawi.. dah muak dah dengan coklat.. btw thanks yong,, syg ang::DDDDD

    ReplyDelete
  10. laaa.. awat ang bg coklat.. gemok lah ak lepas nie.. dah lah ak dah dok kat langkawi.. hg bg coklat lg... fuhhh... gemok2,, btw thanks lah yong.. syng hang:DDDD

    ReplyDelete
  11. @zahidah
    arghh.~! aku tak sangka hg nak baca.! dah tak surprise. takpa, hadiah hg, nnti coklat tu aku makan. haha.~ :D

    ReplyDelete
  12. aik? kenapa pulak ditakuti? kakak mereka garang ke? hehehe..(maap) hehe :P

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^