Tuesday, January 8, 2013

Time Tunnel Gallery, Cameron Highland

Hey semua.

Saya masih nak bercerita tentang percutian di Cameron Highland akhir tahun lepas. Salah satu tempat yang saya dan keluarga kunjungi adalah, Time Tunnel Gallery atau pon Galeri Time Tunnel. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang anda harus kunjungi kalau anda ke Cameron Highland.


Galeri ini terletak di antara Pekan Brinchang dan KEA Farm, Tanah Rata.
Dengan bayaran masuk DEWASA : RM 5, KANAK² : RM3, anda boleh mendapat banyak informasi tentang sejarah silam dahulu kala.


Galeri ni lebih kurang macam muzium dan ini merupakan kali pertama saya ke sini setelah beberapa kali saya ke Cameron Highland sebab dulu saya pun tak tau wujudnya tempat macam ni kat sini.

Galeri ni takde lah besar sangat, tapi barang yang deorang letak kat sini memang mengimbau memori. Ada di antaranya, saya pon tak tau apa, ada yang saya pernah tengok jugak.




Pernah tengok brand ubat gigi ni ? Saya pernah tengok Colgate je :D



Oh, air ni bukan untuk di minum okay, dah bukan untuk di jual jugak. Saya tak tau lah berapa lama air ni kat sini. Memang nampak pon macam dah basi je.


Ni semua tabung.


Lastly, ingat tak dulu² ada kedai kopi ? dan meja dia macam ni ? Selalunya kedai nyonya lah. Saya rasa, sekarang pon ada lagi :)



p/s : Tempat ni memang best. Sesuai untuk orang dewasa yang nak bawak anak² dia datang mengimbau kenangan masa deorang kecik² dulu.
 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^