Ilmu Dari Kelas #2 - Kebaikan Kunyit / Tumeric

Olla.
 
Hari ni saya nak cakap pasal KUNYIT atau dalam Englishnya TUMERIC. Dan seperti kita tahu, sejak berzaman² lagi, kunyit telah di gunakan dalam pelbagai cara seperti dalam masakan dan sebagai pembunuh kuman.

Tapi macam mana dalam bidang perubatan Komplementary atau bidang perubatan Alternatif sekarang ? Kunyit ni banyak sangat kegunaannya. Tanpa doktor pon kita boleh buat sendiri kat rumah.

 

Kebaikan dan kegunaan kunyit.
(1)  Bertindak sebagai anti-septik, anti-bakteria dan berguna untuk menghalang jangkitan kuman apabila terdapat luka atau melecur.

(2)  Kajian menunjukkan, apabila kunyit dicampur dengan bunga kubis, ia boleh menghalang kanser prostat dan memberhentikan pembesaran kanser prostat yang sedia ada.

(3)  Menghalang kanser payudara aripada merebak ke kawasan paru-paru.

(4)  Mengurangkan risiko kanak-kanak untuk mendapat pengakit leukemia.

(5)  Membuang toksin dalam badan.

(6)  Menghalang dan memperlahankan penyakit Alzheimer.

(7)  Menghalang mana-mana jenis kanser daripada merebak.

(8)  Bertindak sebagai anti-keradangan semulajadi yang sama fungsi nya dengan ubat tetapi tanpa kesan sampingan.

(9)  Ubat penahan sakit semulajadi.

(10) Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.

(11) Sudah lama digunakan sebagai ubat kemurungan dalam perubatan Cina.

(12) Menghalang kesan ubat kimoterapi dan mengurangkan kesan kimoterapi.

(13) Rawatan untuk sakit arthritis dan rheumatoid arthritis.

(14) Membantu rawatan untuk sakit kulit.

(15) Membantu dan mempercepatkan penymbuhan luka dan membantu membentuk kulit yang baru.

(16) Membantu menghentikan pertumbuhan sel darah baru dalam tumor barah.

(17) Bertindak sebagai anti-oksidan.

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi kanser dan penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. 

Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi, vitamin B6 dan kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS