Friday, August 2, 2013

Masjid Al-Muttaqin ITC Cempaka Mas, Jakarta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya dan kawan² pergi ke Jakarta untuk shopping dan jalan² cuci mata. Sebab nak solat Asar, jadi saya dan kawan pun singgah lah ke Masjid Al-Muttaqin yang terletak betol² di sebelah ITC Cempaka Mas, Jakarta, Indonesia. Kalau siapa yang suka shopping tentu tau mall ni.

Masjid ni sangat best sebab tak macam kebanyakan masjid yang lain. Kalau sesetengah masjid lain tu, mesti telekung dia berbau, kotor semua, lepas tu tak berlipat. Tapi masjid ni tak, telekung die bersih, siap sangkut lagi, lepas tu banyak pulak.

Kalau kat gambar bawah ni korang boleh tengok, yang sidai pakai penyangkut baju tu telekung yang di gunakan, manakala yang dalam almari tu adalah merupakan telekung bersih, yang sudah di cuci, dan deorang akan tukar telekung tu untuk di basuh supaya bersih.


Masjid ni sangat best. Dan saya rasa kebanyakan masjid di Malaysia pun patut macam ni jugak, bahkan bukan di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Baru lah khusyuk sikit nak solat ^_____^

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^