Tuesday, August 13, 2013

Pengalaman Beraya Di Perantauan

Salam Aidil Fitri

Tahun ni merupakan tahun pertama saya beraya tanpa keluarga, jauh di perantauan, walaupun hanya sejauh Indonesia, tapi kehilangan tu masih sangat terasa. Beraya dengan family pun melalui Skype, tu pun nasib baik kat kampung tu ada internet. *thank you internet, thank you  Skype*.

Bayangkan, nak minta maaf dengan Mama & Abah pun pakai Skype je. Dengan kadang-kadang line tak ok pulak, lepas tu kena ulang balik cakap maaf tu. Rasa nak nangis je T______T


Beraya dengan deorang ni saja. Ramai yang takda mood raya, dengan baju raya pun tak ada *ada yang dah standby bawak baju raya dari Malaysia lagi*. Dah la takda orang nak bagi duit raya. Kesian kiteorang.

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^