Tuesday, October 8, 2013

Kenapa Orang Islam Sembah Kotak Hitam ?

 

Kafir      : Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim : Oh. Itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir      : Baitullah tu apa ?
Muslim : Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir      : Allah ada dalam tu?
Muslim : Tak.
Kafir      : Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim : Yang aku sembah bukannya bangunan tu.
Kafir      : Kau sembah apa ?
Muslim : Aku sembah Allah SWT.
Kafir      : Jadi, kenapa sembah bangunan tu ?
Muslim : Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir      : Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya kau sembah Kaabah la.
Muslim : Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV ?
Kafir      : Pernah, selalu.
Muslim : Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola ?
Kafir      : Tengok perlawanan bola la.
Muslim : Di mana ?
Kafir      : Dalam TV la.
Muslim : Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir      : Memanglah tak ada, tapi itukan gambarnya ada.
Muslim : Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.
Kafir      : Jadi ?
Muslim : Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola. Betul tak?
Kafir      : Tak. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu.
Muslim : Peliknya.
Kafir      : Sebab apa pulak pelik ?
Muslim : Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada
                apa-apa. Yang ada hanya wayar je berselirat.
Kafir      : Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar
                perlawanan bola dalamnya.
Muslim : Hmmm. Jadi tak peliklah ni ?
Kafir      : Ya, tak pelik
Muslim : Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. Walau pun
               dalam Kaabah tak ada Allah.
Kafir      : Erk.. kau betul.

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^