Tuesday, October 29, 2013

Pengawal Keselamatan Warganegara Asing ?

Salam 1 Malaysia.

Sekarang ni Malaysia masih lagi heboh dengan cerita yang pegawai bank Ambank yang meninggal dunia akibat dibunuh oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri. Mesti ramai yang takot kan ?


Apakah tindakan paling wajar perlu kita lakukan jika masih terserempak pengawal warga asing di tempat kerja atau di sekitar kawasan tempat kita tinggal?
1. Tanya pengawal itu, di manakah negara asalnya? Jika dia BUKAN berasal dari Nepal,  pengawal keselamatan itu ternyata bekerja secara haram dan melanggar undang-undang.

2. Hubungi nombor telefon kecemasan, '999' dan minta pihak pengendali talian untuk menghantarkan kereta peronda polis ke lokasi.

3. Jika ditanya, kes apa? Nyatakan secara jelas, terdapat pengawal keselamatan bukan warganegara Malaysia atau Nepal di kawasan berhampiran. 

"Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan ini bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang sah, saya mohon dia ditangkap".

Itu ayat paling sesuai untuk diungkapkan.

Pihak polis akan bergegas ke lokasi kejadian dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi. 

Jika pengawal keselamatan disyaki bertugas secara tidak sah mendakwa warga Indonesia berstatus penduduk tetap, dia juga tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana bukan warganegara Malaysia.

Kalau dia cakap dia warganegara Malaysia tapi cara dia cakap tu macam bukan orang Malaysia, tanya dia.. *Kalau korang rasa tak confident better jangan pergi tanya dia. Sebaiknya bawak teman, jangan sendirian,terutamanya kaum wanita.*
Jika itu dakwaannya, secara hormat minta dia memaklumkan, siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama?

Semua rakyat Malaysia lazimnya tahu nama Tunku Abdul Rahman. Jika dia masih lagi terpinga-pinga, suruh dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Kalau kantoi, kita tahu siapakah dia sebenarnya.

Sila sebarkan informasi ini.
 
 Credit to Mazidul.
 

6 comments:

  1. sekarang ni tak kira orang apa dah...kalau takde iman dia boleh buat apa saje kan...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. betul tu..so far malaysia hanya keluarkan permit keselamatan utk orang nepal sahaja..tapi kekadang orang nepal nak cakap bahasa melayu pun payah...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. @Azlan Strider
    tau takpa. dah la kite dok kt kondo tu ramai mamat negro. huhu T___T

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^