Friday, November 1, 2013

Isu Halal-Haram Starbucks

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heboh kat facebook dan kebanyakan blog yang menyatakan bahawa Starbucks ni status die haram. Walaupun saya jarang membeli produk atau makanan dari Starbucks, tapi saya tetap terkejut jugak.

Ok, ini yang betul. 
Tepat pada pukul 4.50PM tadi petang, 1 November 2013, saya telah call pihak JAKIM di talian 03-8886 4000 untuk mengesahkan hal ini. JAKIM mengesahkan bahawa status Starbucks ini masih halal dan berita haram itu hanyalah rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja.


Sijil yang di tarik semula itu hanyalah untuk produk buatan daripada The Bakers Cottage, manakala brand untuk Starbucks sendiri statusnya adalah masih halal. Jadi kat sini, yang tak halal tu hanyalah The Bakers Cottage.
 


Kepada kebanyakan blogger dan penulis maya di luar sana, saya faham yang korang sebenarnya berniat yang baik, niat mau membantu umat Islam, tapi kalau tak pasti kesahihan cerita, takda fakta dan sumber yang tak betul, tak payah la sebarkan. 

Bagi saya, perkara ni dah banyak berlaku. Jangan lah sebarkan fitnah, nanti kena saman baru tau. Sama macam kes Roti Massimo, Minyak Masak Seri Murni, Tepung Cap Kunci dan Sauh hari tu. Tapi, kalau korang was-was nak makan, so automatik benda tu akan jadi haram untuk korang makan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (49:6)
dan
"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:111)
 Sekian, wassalam.

Entry berkaitan

 

10 comments:

  1. Good entry, skrg baru jelas.. thanks a bunch for this good entry. :)

    ReplyDelete
  2. Fuuuh sebaiklah halal.. dalah suke starbuck ni, Hahaha terima kasih atas info ini.. *thumbup babeeyy*

    ReplyDelete
  3. hey.. happy bornday.. bornday awk bulan ni kan.. huhu :)

    ReplyDelete
  4. thanks for the info ...
    ada masa singgah lah blog saya http://nassuna.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^