Tuesday, December 3, 2013

Bila Orang Indonesia Datang Malaysia

Ingat tak yang saya pernah praktikal kat Indonesia dulu ? Klik sini atau sini untuk baca. Baru² ni, Dr Husen dan Pak Amri datang ke Malaysia untuk berbincang apa yang patut. So, malam tu kiteoramg bebudak kerja ni planning nak ajak Pak Amri dan Dr Husen untuk makan malam.

Oleh sebab kiteorang ni tinggal kat Setapak, jadi kiteorang buat keputusan makan kat Piccadilly yang terletak di Petaling Jaya. En Domo pun join jugak sebab bebudak ni suruh ajak. Ini merupakan kali pertama saya dan En Domo makan kat sini.


Muka happy dapat Banana Split ;)
Sebab lama sangat tak makan Banana Split ni, jadi sebab tu muka happy semacam. Banana Split ni memang fevret dari dulu lagi, even la gigi saya ni over sensitif :D

Gambar ni sweet !. Dr Husen 'cilok' makanan Pak Amri sebab beliau nak rasa. Comel ja. Candid ni sebab deorang tak perasan saya amik masa ni.

Kiri - Pak Amri. Kanan - Dr Husen.
Group photo adalah benda wajib. Thanks En Domo tolong tangkap.
Walaupun tak semua staff tempat kerja saya yang join, tapi happy sangat malam tu. Lagi² pulak first time pegi makan kat Picadilly ni. Saya bagi rate 3.5 / 5 Bintang kat Picadilly sebab ada sorang membe tu lambat dapat makanan.

 

2 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^