Friday, December 27, 2013

Etika : Menziarahi Tanah Perkuburan

Assalamualaikum. Jumaat terakhir pada tahun 2013.

Seumur hidup saya, hanya 3 kali sahaja saya pernah tengok orang Islam menguruskan jenazah. Itu pun masa saya kecik. First time kalau tak siap moyang saya. Masa tu saya sekolah rendah lagi. Kali kedua masa ustaz saya meninggal dan kali ke tiga adalah masa ayah kawan sekerja saya meninggal tempoh hari. Kalau orang dulu² banyak pantang larang pasal orang meninggal ni.

Mungkin bila kita semakin dewasa ni, ramai yang tak tau adab untuk ke tanah perkuburan, baik yang muda ataupun yang sudah tua. Adab di tanah perkuburan ni bukan saja perlu berpakaian sopan, malah lebih daripada itu.


PERATURAN MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN

Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:
  • Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk).
  • Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera.
  • Sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati. 
  • Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.


LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR
  • Membuat banggunan di atas kubur - Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur.
  • Menembok kubur dan membuat tulisan² - Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur.
  • Menjadikan kubur sebagai tempat solat
  • Berjalan di sela² kubur dengan memakai alas kaki - Juga dilarang duduk di atas kubur. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki.
  • Meletakkan karangan bunga atau seumpamanya - Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. 
  • Menyembelih binatang di atas kubur 

 Kredit to : Laman Web E-Pusara JAWI. Untuk maklumat yang lebih terperinci. Layari laman web E-Pusara Jawi.
 

2 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^