Sunday, December 22, 2013

Krismas Di Spectrum Of Life (SOL) - Secret Santa

Memang betul, sebagai orang yang beragama Islam, kita diharamkan untuk menyambut Hari Perayaan Krismas. Tapi kita juga diajar untuk menghormati agama yang lain. Tempat kerja saya, iaitu Spectrum Of Life (SOL) telah memutuskan untuk buat event ni.

Event ni adalah dimana semua pekerja termasuk cleaner akan cabut undi dan deorang dikehendaki untuk membeli hadiah sempena perayaan Krismas kepada nama yang dicabut tu. Semua orang akan dapat satu hadiah dari pemberi yang tidak diketahui la kiranya,


Jadi, bermulalah pencarian untuk membeli hadiah ni. Susah tau nak pilih nak beli hadiah apa sebab orang ni (1) Perempuan (2) Cina. Orang Cina ni susah sikit kalau bab hadiah ni. Banyak pantang larang *mengikut pengalaman saya*.

At last ! Bila dah malas plus penat, mintak tolong akak cashier tu tolong balutkan. Dan bila sampai rumah, tinggal nak tambah riben dengan kad tu je. Harap "M_ _ _  _o_" suka lah hadiah ni.


Oh, lupa. Kena ada clu pulak. Clue ni kene letak kat dalam bersama hadiah tu sekali. Fikir punya fikir, ni lah clue saya :D "I am a girl who wears Hijab".

 Nasib baik hadiah ni melepasi syarat tu semua. 
(1) Minima RM15
(2) Clue 
(3) Bukan barang makanan

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^