Tuesday, December 31, 2013

Pencapaian 2013 : Zayani Zulkiffli

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia²

Lagi 12 jam kita dah nak masuk ke alam 2014. Semestinya ramai blogger akan cakap pasal pencapaian pada tahun 2013. Untuk diri saya, sebenarnya azam saya pada tahun 2013 lebih fokus kepada pelajaran. Yang lain tu hanyalah sampingan semata². 

Pertama
Saya boleh fokus sikit kat blog ni walaupunlah tak hari² menaip entry, tapi at least tahun ni boleh la dapat dalam 164 entry blog! Lagipon masa kat Indonesia dulu sibuk dan busy. Internet pun line teruk.


Kedua 
Tahun ni saya berusia 20 tahun. Saya still rasa yang saya ni masih budak kecik. Still nak manja² dengan mama, abah, kawan², even dengan adik² pun saya manja + gedik + mengada² MAYBE. haha~ Tapi tu sebenarnya sebab saya selesa dengan deorang.

Ketiga
Tahun ni jugak saya dapat ramai kawan dan berani join event blogger. Kawan sekerja, kawan blogger, kawan runner dan kawan alam maya mahupun kawan fizikal. Saya ni sebenarnya susah sikit nak berkawan sebab saya pemalu. Memang ramai blogger pemalu pun kan? Ahaks!


Keempat
Belajar makeup. Walaupun lah saya takde koleksi yang macam akak² yang terer makeup tu, tapi saya dah start belajar makeup dan saya bangga dengan diri saya sebab saya berjaya. Keyakinan diri tu mestilah kadang² takda sebab seriously saya tak biasa pakai. Tapi dengan support family dan kawan², Alhamdullilah saya ok :D


Kelima
Saya rasa ini mungkin pencapaian terbesar untuk saya tahun ni. Bagi duit bulan² kat mama dan abah. Walaupunlah kadang² saya bagi kat mama je, kadang² kat abah je, atau belanja kat adik² je, kat nenek² lagi tapi saya bangga kat diri sebab berjaya manage sejumpah wang untuk family dengan gaji saya yang tek seberapa ni dengan kos hidup kat KL. Tahun depan dah kene start bayar ptptn dah.


Keenam
Saya belajar berdikari. YES, saya memang boleh kata dah biasa hidup jauh dengan family sebab keluarga saya kat Penang, dan dulu saya belajar kat Melaka, dan sekarang kerja kat KL. Balik pun jarang sebab jauh. Tahun ni merupakan raya pertama saya tanpa keluarga disisi.

 

3 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^