Monday, January 27, 2014

Resepi : Puding Roti Susu Berkismis

Hai korang

Dah lama saya tak buat resepi kan. Haritu kat ofis, sedang bosan², tetiba membe ada idea nak buat something, nak buat PUDING ROTI. Bende ni kiteorang penah buat dulu masa belajar kat kolej. Lepas set time dan beli barang, keesokan harinya kiteorang pun mulakan projek ni.


Masa : 10 minit

Bahan-bahan:

(1) Roti
(2) Susu sejat / susu cair
(3) Kismis
(4) Pilihan- Gula secukup rasa
 

Cara-cara membuat :

1- Ambil roti dan carik-carikkan macam ni. Jangan besar dan jangan kecik sangat. Nanti susah nak gaul. Sila guna bekas yang lebih selesa.



2- Tuang susu sejat atau susu cair. *Pilihan: Boleh jugak pakai susu cair Dutch Lady, tapi susu tu tawar sikit, so kene tambah gula kalau nak*.


3- Gaulkan. Memang dia akan nampak lembek je. Kalau nak tau rasa die manis ke tawar, amik sikit dan rasa.


4- Lepas habis gaul sampai rata semua roti tu kene susu, masukkan kismis dan gaulkan sampai rata lagi.


5-Sediakan tray untuk bakar. Oleskan dengan butter sikit di sekeliling tray tu untuk mengelakkan daripada puding melekat ke tray. Then masukkan adunan tadi. Ratakan.


6- Masukkan dalam pembakar kek/roti selama 10 minit atau kurang. Cukup sekadar nak bagi die keras dan kering sikit. Saya pakai oven je dalam 10 minit.


7- Siap! Sila hidangkan. Korang jugak boleh taburkan gula aising. Tapi, makan macam ni pun sedap jugak :D


Selamat mencuba and have fun! ^___^

 

24 comments:

  1. assalamualaikum..fuh..letihnya berjalan baru je dapat jejak sini..hihi.

    1st time jejak ni..blog sgt comey.. puding tu menarik nanti nak cuba buat gak lah..

    ReplyDelete
  2. Simple Dan Kreatif...

    shafiqhashim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. senang je rupenye.. blh try ni... thnks bg resepi ni :)

    ReplyDelete
  4. Wah, first time nampak resepi ni.. macam senang.
    thanks ^^

    ReplyDelete
  5. Wah..sedapnya..

    Abak follow sni...harap sdi ke blog Abak juaga..sama2 beukhuwah.. :D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...macam sedap jer...InsyAllah akak nak cuba resepi ni...bahan pun senang dan simple jer kan dik...

    ReplyDelete
  7. @Aisya LCHAN
    welcome. ni pun kawan kolej yang bg resepi. memang agak senang pun. cuba la.

    ReplyDelete
  8. lorh senang je ghupenyer.. wajib cuba ni =)

    ReplyDelete
  9. macam sedap je..hehe..btw,done follow sini..kat blog Za ada mini GA,jemput join.. :)

    ReplyDelete
  10. Jalan-jalan sini . emm sedapnya puding roti tu . boleh cuba ni dah lama teringin nak buat hehe ^^

    ReplyDelete
  11. dap nye...pekena dengan sos kastard...hu

    http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

    ReplyDelete
  12. simple jak rupanya..
    thanks..
    boleh try buat nati.. hehee

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^