Friday, February 14, 2014

4 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Jatuh Cinta (Dan 1 Sebab Kenapa Anda Perlu Bercinta)

Kalau korang pernah putus cinta, pernah tak korang terfikir "Kenapalah aku jatuh cinta kat dia?". Well, YES, memang korang patut fikir pun, tapi dah takda benda pun yang korang boleh buat dah sebab perkara tu dah berlalu kan.

So, ini adalah sebab kenapa korang dah tak perlu nak jatuh cinta lagi. Good luck!


1. Jangan bercinta kalau korang baru lepas putus cinta.
Masa ni sangat kritikal. Kadang-kadang korang hanya nak teman peganti dan bukan orang yang nak dicintai, tapi perasaan korang berbelah bagi samada cinta atau teman. Rileks dulu, lepas okay dan dah bersedia nanti baru korang mulakan.

2. Jangan jatuh cinta kalau korang rasa korang nak mulakan hidup baru.
Sebab kalau korang dah mulakan hidup baru, mesti la korang nak lupakan orang yang tak penting dah kan? Jadi, mulakan hidup baru dulu, baru carik yang istimewa ye.

3. Jangan jatuh cinta dengan orang yang terlalu jauh dengan korang.
Cinta jarak jauh ni sangat memerlukan komitmen antara korang berdua dan akan selalu meletakkan korang dalam pelbagai situasi yang mencabar. Kena betul-betul banyak bersabar baru berjaya.

4. Jangan jatuh cinta dengan orang yang tak sedia nak cintai korang.
Korang tau, kalau korang sayang orang tu, tapi dia tak sayang korang, korang je yang asyik nak jaga hubungan tu, tapi dia tak berusaha. Penat kan?
Tapi, lupakan tentang semua tu.
Lupakan sebab kenapa korang tak perlu jatuh cinta.

Lupakan tentang kenapa korang perlu tak bercinta. Lupakan tentang kenapa korang perlu elakkan diri daripada bercinta dan dicintai. Sebab bila perasaan tu datang, korang dengan secara automatiknya akan buat apa yang patut. Tulah keunikan cinta sampai boleh menyebabkan orang yang paling pandai pun jadi bodoh dan tak pakai akal untuk berfikir.

Jadi, bercintalah pakai akal dan fikiran yang waras sebab memang satu hari nanti korang mesti akan cinta orang lain jugak. Jatuh cinta dengan rela hati, sebab siapa tahu? Mungkin dialah orang yang korang cari selama ni? :)

p/s: Yup, cinta itu indah, cinta itu madu, dan cinta itu jugak racun ^____^
 

2 comments:

  1. awk cool...hehe

    Salam pemilik blog, jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

    hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

    ReplyDelete
  2. huhu wowow..jalan2 sni yok www.nadiasecreto.com

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^