Monday, February 10, 2014

Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC

Jumaat lepas, 7 Februari 2014, yang malam final Maharaja Lawak Mega 2013 tu, saya pergi tengok konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Heart Is. Thank you boss sebab sudi sponsor tiket.

Sebenarnya konsert Siti kali ini adalah untuk meraih sumbangan daripada penderma untuk menderma kepada badan kebajikan yang dinaungi oleh Siti dan suami tersayang, Datuk K.


Memang pegi beramai² dengan rakan sekerja yang ada tiket jugak. Takkan pegi sesorang kan. Seramai 8 orang kami dapat tiket daripada boss tersayang. Tak tau kenapa tetiba dia baik hati nak bagi. Orang memberi, kita menerima. HAHA


Oleh sebab dapat tiket VIP, jadi tempat duduk memang agak depan pun. Pintu 3-Diamond. Depan kiteorang ada Ziana Zain dengan Erra Fazira :D


Depan kan? Kira okay la. at least amik gambar nampak la jugak rupa dia. Kalau tak nampak rupa masa amik gambar, paling² tak pun dapat nampak Dato' Siti Nurhaliza jelas depan mata.


Dato' Siti tukar 3 baju. Semua cantik² belaka. Ada yang rekaan HattaDomat, RizmanRuzaini jugak. Dan Siti sangat lawa dan comel.


Serious, dulu saya suka Siti ni biasa² je, tapi lepas dengar dia nyanyi live ni, seriously suara dia memang sangat sedap. Dia nyanyi banyak² pun takde nak semput² semua. Maintain je. Dahla sweet, sporting, ramah.


Antara artis jemputam konsert kali ni adalah Hazama. Hazama nyanyi lagu "Just Give Me A Reason" duet bersama dengan Siti dan lagu "Relakan Jiwa". Best jugak.

Nah! Hadiah untuk korang. LIVE performance daripada Dato' Siti Nurhaliza di hari pertama Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Heart Is.

#sitinurhaliza #liveinklcc #wheretheheartis

 

6 comments:

  1. dadada....singgah sini..XD
    http://najwanshaharum.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Bestnya.... Xde ambil gambar dengan Dato' Siti ke?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, akak, saya buat entri segmen akak semula . Ini link nya :-

    http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2014/02/re-entry-blog-review-by-zayani-zulkiffli.html

    Maaf ya kak sebab TERdelete ><

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^