Wednesday, February 12, 2014

Perbezaan Antara Serangan Jantung, Gagal Jantung Dan Stroke

Hai². Oleh sebab saya kerja kat tempat yang lebih kurang macam hospital, dan tempat itu sudah semestinya didatangi oleh pesakit, dan ramai pesakit ni tak tahu pun sakit jantung tu apa.

Serangan jantung- Berlaku bila aliran darah ke jantung semakin berkurangan atau tiada langsung. Kekurangan oksigen boleh merosakkan jantung dan sekaligus boleh menyebabkan jantung berhenti bekerja.

Gagal jantung- Berlaku apabila jantung tetiba berhenti berdenyut/berdegup, yang menghalang darah dan oksigen untuk sampai ke organ yang lain.

Stroke- Terjadi apabila aliran darah ke otak terganggu atau kurangnya oksigen dan nutrient di bahagian otak. Sel² otak akan mula mati beberapa minit selepas stroke.


Selalu orang kalau sakit dada sikit, selalu buat endah tak endah je kan. Kadang² itu tandanya serangan jantung ringan, jadi, jangan ambil mudah perkara yang sekecil macam ni.

Kalau korang sesapa yang korang kenal atau sayang ada sakit kat bahagian yang gambar kat bawah ni tunjuk, sila lah ke hospital untuk pergi buat check up jantung.

Angina: Sakit di bahagian dada.

 

2 comments:

  1. pada bahagian Upper chest selalu terjadi.

    DIa just sakit macam ada seseuatu yang menarik... Adakah itu salah satu symptomnya?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^