Tips: Melupakan Orang Yang Pernah Anda Sayang Atau Cinta

PERINGATAN: Entry ini mungkin sesuai di aplikasi oleh golongan perempuan dan wanita.

Putus cinta? Bertepuk sebelah tangan? Carik tips macam mana nak melupakan orang yang korang sayang tapi kat internet tu semuanya korang susah nak ikut? Ok, try tips ni. Ini berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. InshaAllah membantu.


1) Keluar seperti biasa.
Kalau dia ajak keluar atau kalau korang perlu ajak dia keluar, just keluar dan buat seperti biasa. Kecuali la kalau dia tak nak keluar, tak payah la nak paksa deorang kan.

2) Cakap seperti biasa.
Sebab kalau korang nak elakkan diri daripada orang tu, nanti jiwa korang jugak yang merana. Jadi, baiklah buat seperti biasa. Dan biarkan perasaan tu sendiri yang akan bertukar.

3) Buat aktiviti yang menyeronokkan.
Keluar dengan kawan, shopping, pergi vacation, bersukan, membaca, main games adalah beberapa cara untuk saya mengembirakan diri saya. Setiap orang berbeza, terpulang pada korang macam mana korang nak happykan diri korang.

4) Padamkan atau simpan kenangan.
Maksudnya, macam gambar, perempuan ni kan jenis sayang nak delete gambar² atau nak buang benda² yang orang lepas bagi. Cara saya adalah, beli hand phone lain dan simpan segala benda yang pernah orang tu bagi dulu. Tak pun, bagi dekat adik atau rumah anak yatim atau orang susah. Jual pun ok jugak.

5) Set penampilan dan gaya baru.
Dapatkan potongan rambut baru, make up baru, gaya tudung baru, cara dress up baru untuk tunjuk kat orang lama tu yang korang boleh bergerak ke hadapan tanpa deorang.

6) Jangan salahkan diri sendiri.
Memang kadang² kita akan terfikir, kenapa boleh jadi macam tu dan akan salahkan diri sendiri. Tapi, cuba fikir, kalau betul dia faham dan bersabar dengan kita, mestila dia takkan pergi dari kita kan? ambil pengajaran daripada hubungan itu, dan buat yang lebih baik untuk hubungan yang akan datang.

7) Tak perlu bagitahu semua orang.
Tak perlu pun nak bagitahu satu dunia yang korang dah putus dengan someone tu. Cukuplah kalau bagitau kat orang yang perlu dah yang korang percaya saja. Percayalah, bende ni akan buat korang lagi kuat dan akan bertambah menyampah dengan orang lama tu.

8) Fikirkan apa yang telah orang itu buat.
Kalau perlu, buat list kenapa korang sayang dia, dan kenapa korang perlu berhenti sayang dia. Kenapa korang nak berharap kat orang yang dah terang² nampak tak suka kat korang kan.


9) Buat yang terbaik dan dengar kata hati.
Kalau perlu, buat solat istikarah. Banyakkan berdoa supaya Allah SWT berikan yang terbaik untuk kita. Kita mungkin rasa orang tu yang terbaik, tapi percayalah, inshaAllah ada yang lagi baik untuk kita pada masa akan datang.

10) Buka hati untuk menerima kehadiran orang lain.
Benda ni memang susah sebab kita sayang orang lain, tapi apa salahnya kita mencuba. Cuba terangkan kepada orang baru tu bagaimana situasi korang, inshaAllah deorang faham.

 

Post a Comment

6 Comments

Unknown said…
setuju sangat2 dengan entry ni.. :)
Azlan Strider said…
thanks 4 da tips..kekadang nak melupakan nie bukan senang..tapi insyallah satu masa pasti kita akan berjaya melupakanya..hehehe

Regards,
-Strider-
Shafyqah Azahar said…
nice tips for me , em hehe
Unknown said…
assalammualaikum dear.. zara datang ziarah. ^^ tips menarik ! hehe.. jom lawat blog zara pula.. pasal putus cinta jgk pagi td pnya entry.. haha. bkn zara tauu.. zara dah married.. hoho. 2 tips mudah yg zara amalkn masa bcinta dulu.. acecehh.. hahakss.. ^^
aina izati said…
Wahhh, simbol Yin & Yang tuuuuu. Hihi :D

Makasih akak, sudi kongsi tips2 ni. ;)
Alhamdulillah bt masa skrang sy tk perlukan lg.
Nanti kalau dh tiba masanya nanti, sy bukak balik entry akak ni nahh ;) #punboleh HAHA xD

FOLLOWERS