Sunday, August 10, 2014

Hidup Tak Semestinya Selalu Senang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya Allah. Rasa macam lama sangat tak bukak blog ni. Alhamdullilah, aku dah habis belajar, sekarang ni tunggu nak habiskan internship selama 5 bulan je. InshaAllah bulan Disember 2014 habis.

Life masa belajar semester terakhir memang sangat penat. Banyak bende nak kena buat, nak kena hantar, nak kene bayar, nak kene settlekan, nak kene test, exam lagi, main dota lagi. Dengan masalah rumah lagi, internet tak ada lagi. Jadi, masa yang ada untuk buat kajian tu rasa sikit sangat sebab zaman sekarang ni semua nak pakai internet je.

Lepas habis final paper haritu, terus aku balik Penang. Rehat sebulan, cuti semester. Duduk rumah, menikmati kehidupan seperti manusia biasa, bukak Facebook, Instagram, Twitter, tengok youtube, Google benda menarik, carik bende best kat Groupon dan tak lupa jugak kerja rumah macam perempuan melayu terakhir, masak dan buat kerja rumah yang lain.


InshaAllah kalau ada jemputan untuk ke event akan aku penuhi. Jemputan kahwin pun banyak jugak ni. Dengan rumah terbuka lagi. Jemput tau :D

Bye! XOXO

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^