Thursday, August 14, 2014

Shiseido Laboratories Mask

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kecantikan adalah sesuatu yang boleh kata agak penting bagi seseorang yang bergelar wanita, perempuan atau gadis. Tak kisahlah kalau dia tak cantik pun, tapi kalau dipuji cantik, mesti dia akan berbunga-bunga punya.

Aku mengaku yang aku ni takde la pandai sangat dalam bab kecantikan ni. Nak make up pun baru nak belajar. Tapi, hobi aku salah satunya adalah buat home-made facial. Aku suka pakai yogurt, telur, beras dan banyak lagi barang organik dan yang paling penting, tak pakai banyak duit. 


Shiseido Laboratories Mask adalah atara mask yang aku pakai untuk buat nose strip. Sesuai untuk menghilangkan blackhead dan whitehead, serta membersihkan pori-pori kulit muka.

Harga dia pun takde la mahal pun, satu paket, boleh pakai 2 kali. Boleh pakai seminggu 2 kali macam tu. Selang dengan tu boleh buat facial mask yang lain. Baru rasa segar. Lepas pakai Shiseido Laboratories Mask ni mesti kulit rasa licin je.


Waktu yang rasa paling awesome, tunggu dia kering, then masa nak cabut tu. Perghh! Puas rasa tengok kotoran semua keluar. Sampai berair-air mata. HAHA

Cara alternatif yang korang boleh guna untuk nose-strip ni adalah, pakai gam atau glue. Atau tak pun, boleh pakai telur je. Senang. Selamat mencuba :)

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^