Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku

Salam 1 Malaysia.

Demi menyahut Cabaran 30 Hari yang dianjurkan oleh Sue Izza. Jadi, setiap hari akan ada 1 cabaran bermula daripada 1 September 2014.

Cabaran Hari 9: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Tak tahu lah aku nak tulis pasal siapa dan apa, jadi aku tulis pasal perangai lelaki yang menarik perhatian aku ok :)

Abah tetap lelaki pertama yang aku sayang :)
Lelaki 1
Bertanggungjawab.
Bertanggungjawab dengan setiap apa yang dia telah buat dan lalui. Berani minta maaf dan tag ego. Berani buat, berani tanggung.

Lelaki 2
Jujur
Jujur walaupun kebenaran tu menyakitkan hati. Sebab selalunya walaupun sakit hati, tapi lagi sakit kalau terkantoi. Lagipun kalau perangai dia jujur, kita dapat lihat dan rasa keikhlasan hati dia.

Lelaki 3
Penyayang
Penyayang kat family, haiwan peliharaan, kat aku ;p. Penyayang ni banyak cara nak tengok dan perhatikan. Cara dia cakap dengan kita, layanan kat kita dan kawan-kawan.

Lelaki 4
Buat perkara yang tidak diduga/ Surprise.
Sebab aku suka surprise dan aku suka buat surprise kat orang jugak. Tapi pastikan surprise yang bagus lah ye. Aku pernah surprise En. Invo bawak pergi zombie run sebab dia takut hantu. HAHA

Lelaki 5
Penampilan yang menarik dan pembersih.
Hidung dan mata aku sangat sensitif terhadap segala bau-bauan dan kotoran. Kebersihan diri adalah no 1 yang aku perhatikan kat lelaki. Bau kaki paling aku tak tahan. Bau badan yang menyenangkan takpe lah :)

Cabaran lepas:
3. Sesuatu Yang Menguatkan Aku
4. Buku Kegemaran Aku
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Sarapan Aku Hari Ni
7. Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

10 comments:

  1. suke jugak lelaki bertanggungjawab.. bru gentlemen.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe, ayah adalah orang yang kita sayang.

    ReplyDelete
  3. Bila dapat rasa nasi minyak dia ni. eh

    ReplyDelete
  4. Ayah lah yang terbaik selalunya. Semoga ayah sihat2 selalu. boleh tengok bakal cucu satu hari nanti kan. hehehe

    ReplyDelete
  5. @Yan Ty
    inshaAllah kak, Nak rasa kak punya dulu :D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^