Wednesday, September 17, 2014

Event: 2014 Magic Fest @Putrajaya

Hello :)

Baru-baru ni, aku dan beberapa rakan blogger dan media telah dijemput untuk ke Magic Fest @Putrajaya di Putrajaya International Convention Centre. Festival ni berlangsung selama 4 hari dari 12-15 September 2014.

Kalau korang tertanya-tanya dengan siapa aku pergi, well, aku pergi dengan mama sebab mama eksited nak ikut first time pergi event. Tiap-tiap hari aktivitinya nampak macam best, tapi sayang, aku hanya free pada malam terakhir tu je.

Gala Night Show
15 September 2014, 8PM


Sebenarnya ada banyak sangat persembahan magik malam tu, memang lebih daripada bilangan yang sepatutnya. Dengan pengacara dia pun pandai buat magic jugak. Gala Night ni memang tak membosankan langsung.

Antara magician yang membuat persembahan pada malam tu adalah Kenji Minemura (Jepun), Avery & Silva (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Viktor Voitko (Ukraine), Mike Chow (Taiwan) dan Ma Yan Yan (China).


Ini adalah Tan Onosaka, juri yang berasal daripada Jepun. Dia ni kira macam lagend dalam bidang magik ni. Dari belakang nampak macam Uncle Gedek sebab rambut panjang dan putih. Tapi dia sangat kelakar dan sporting. Kiteorng siap amik we-fie lagi :D

Ton Onosaka
Ni adalah the one and only Malaysian performer pada malam tu. Deorang punya persembahan macam fesyen show sebab asyik tukar-tukar baju je. Nak amik gambar dengan deorang punya lah susah walaupun kami dapat pas media.

Avery & Sylvia 
Dari kiri, Ma Yan Yan dari China. Cantik! Dia punya persembahan memang unik sebab dia menggabungkan seni ballet dan magik. Yani kiri pulak Jung Byung Gu dari Korea. Mamat K-Pop ni. Comel! ;p

 
Dari kiri, Ma Yan Yan dan Jung Byung Gu.

In case kalau korang yang pergi tu tak ada tiket atau tak sempat nak beli, jangan risau, sebab ada banyak booth kat luar. Deorang jual macam-macam barang magik sampai aku pun rasa macam nak jadi magician jugak. Ada 'street' magic jugak tau!


Sebenarnya mama rakam video semua persembahan pada malam tu. Tapi semua tu kat handphone dia. Jadi, tak boleh lah nak upload kat sini. Seriously, aku recommend korang datang event ni tahun depan. Tiket pun serendah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Berbaloi sangat.
MAGIC FEST @PUTRAJAYA 
 Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Precinct 5, 62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya,  Malaysia
 Email : magicfestputrajaya@picc.com.my
Tel : +603 8887 6000 
Terima kasih kedasa pihak PICC, terutama Cik Kumari Nahu dan Blogger Mawardi Yunus.


#MagicFest2014 #MagicFestPutrajaya

 

3 comments:

  1. Nxt yr harap boleh join....mcm best je tgk...

    ReplyDelete
  2. done following :)
    jenguk2 blog saya yer http://syahirbasharuddin.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  3. done following..jenguk2 la blog saya yer http://syahirbasharuddin.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^