Wednesday, October 29, 2014

Daftar Sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Korang pernah teringin nak jadi sukarelawan tapi tak berkesempatan? Atau tak ada masa? Pernah dengar pasal Islamic Aid Malaysia (IAM) tak?
Islamic Aid Malaysia (IAM) - Dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan IRM adalah sebuah badan NGO Islam yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti kemanusiaan khususnya di Malaysia. Merupakan sebuah pertubuhan NGO berdaftar di bawah pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran pertubuhan : 0076-11-WKL.

Visi: Membantu mengurangkan tahap kemiskinan manusia sejagat.

Misi: Membantu rakyat Malaysia yang miskin dan daif yang benar-benar memerlukan pertolongan dan bantuan tanpa mengira agama, bangsa dan juga warna kulit selain membuktikan kepada masyrakat Malaysia dan juga masyarakat dunia bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang menggalakkan umatnya tolong menolong dan bantu membantu di antara satu sama lain.

Islamic Aid Malaysia memfokuskan kepada kumpulan penerima bantuan kepada kategori berikut:
  1. Warga miskin dan daif
  2. Ibu tunggal miskin yang mempunyai ramai tanggungan
  3. Warga emas/tua miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap
  4. Anak-anak yatim
  5. Mangsa-mangsa bencana (seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain)
  6. Warga OKU
  7. Masyarakat Orang Asli
Selain daripada itu Islamic Aid Malaysia juga terlibat di dalam aktiviti bantuan khusus untuk warga Malaysia beragama Islam semasa bulan Ramadan dan juga pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri dan juga hari raya korban. Ini termasuk musim perayaan tahun baru Cina untuk bangsa Cina dan juga perayaan Deepavali untuk bangsa India.


Islamic Aid Malaysia
Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia
C-1-56A, Jln SP 5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana,
Seri Kembangan, 43300
Selangor, Malaysia

Telephone: 03-8948 5939
Fax: 03-8948 5939
Website: http://www.iam.org.my
Informasi:
Selain daripada kerja sukarelawan, korang juga boleh menyumbangkan dana sumbangan untuk di salurkan kepada pihak yang memerlukan.
Info: Borang sumbangan.

Daftar sekarang dengan hanya isi borang kat sini. Tak salah kan nak menjadi sukarelawan?
Klik: Borang daftar sukarelawan IAM.


4 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^