Thursday, October 23, 2014

Review Filem: The Book of Life

Hai! Apa khabar?

Semalam, aku berkesempatan untuk menonton filem animasi kartun terbaru yang bertajuk "Book Of Life" yang disuarakan oleh Diego Luna sebagai Manolo, Zoe Saldana sebagai Maria dan Channing Tatum sebagai Joaquin.


SINOPSIS FILEM
Cerita ni bermula dengan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang membuat lawatan ke muzium. Kat muzium ni, mereka di tour oleh seorang perempuan cantik yang akan menceritakan kisah di zaman silam berdasarkan 'The Book Of Life'.

Dalam buku itu, mengisahkan perjalanan Manolo, seorang pemuda yang berbelah bagai antara memenuhi impian keluarga atau mengikut kata hatinya dalam kehidupan. Sebelum memilih jalan mana yang harus dilalui selepas ini, beliau memulakan satu pengembaraan yang luar biasa menjangkau tiga dunia fantasi di mana beliau harus berhadapan dengan ketakutan yang ada pada dirinya.

REVIEW FILEM

Memula bila tengok lukisan/design karakter die memang dah lain daripada yang lain maybe sebab Halloween, tapi unik. Aku tak ada expection yag tinggi untuk cerita ni mula-mula, just sebab aku suka tengok movie cartoon sebab tu aku tengok jugak.

Filem ini seriously memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak sebab banyak sangat nilai murni dalam cerita ni. Contohnya macam part sentiasa jujur, kuat berusaha untuk mencapai kejayaan, perpegang teguh pada pendirian, setiakawan dan banyak lagi.

Part yang paling best dalam filem ini adalah, semua lagu-lagu yang dinyanyikan. Memang sangat menyentuh hati. Sesuai dengan quote "Play from your heart". Sampai aku dengan partner in crime aku pun nak sebak tengok cerita ni.

Bintang: ★★★
Rating IMDb: 7.7/10



 

5 comments:

  1. macam menarik jer ni? thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  2. cam best je. kena cari jugak lah cam nie :)

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je.. Tunggu keluar Astro he..23x boleh tak macam tue

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  4. Anak Miera suka sangat dengan cerita ini...

    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^