Sunday, November 2, 2014

Sisik Sama Dengan Merisik

SCHEDULE POST
Pada masa entry ini di publish, aku sedang bercuti di Sabah :)

Hai dan Assalamualaikum.

Aku ingat lagi, masa memula kenal En. Invo dulu, banyak bende kelakar yang dia suka cakap dan buat. Kadang-kadang simple mistake dia yang sebabkan aku boleh ketawa sampai sakit perut. Dulu aku bahan dia pasal bahasa Melayu dia tah pape, tapi sekarang, Melayu aku pun tah pape jugak -_-


En. Invo: Yani, nanti abang ingat nak hantar parent abang bulan __ pegi rumah yani.
Aku: Oh. Nak buat apa?
En. Invo: Nak hantar sisik. *dengan confidentnya*
Aku: Speechless dan gelak kuat-kuat.

Anyways, dia sebenarnya tak kasi aku letak pasal dia 'typo' ni kat sini sebab dia malu kalau orang tau dia 'typo'. Aku tak ingat ni masa bulan berapa, tapi memang dah agak lama dulu. Jadi, dia pun mesti tak ingat bila :D

P/S: En. Invo dan aku dah pun jumpa family masing-masing secara rasmi. Tinggal nak bawak family jumpa family je :D

2 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^