Saturday, February 7, 2015

Review: Tips Pemilihan Produk Spa di Rumah

Hai dan salam kecantikan aweks sekalian!

Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Tak kisahlah perempuan tu perangai dia lembut ke kasar ke, die mesti akan pentingkan kecantikan. Bila kecantikan dalaman kita dah jaga, penting juga untuk jaga kecantikan luaran. Oleh sebab itu lah aku selalu buat spa di rumah. Lebih mudah, jimat dan awesome!


Bagi aku, mask memang yang paling penting sekali kalau buat spa di rumah. Bagi memastikan kecantikan kulit muka, aku pakai Nature Republic Snail Solution Hydrogel Mask Sheet sebab mask ni memang sangat best. Lepas pakai takde la rasa melekit dan cara packaging dan bentuk mask ni sesuai dengan bentuk muka aku. Free size.

Satu lagi mask yang aku pakai adalah Hydraluron Moisture Boosting Mask. Mask ni sesuai untuk orang yang kulit muka dia kering san sensitif.


Pencuci muka memang bende wajib semua perempuan akan pakai. Even lelaki zaman sekarang pun ramai dah pakai. Untuk aku, aku pakai Garnier Sakura White Gentle Cleansing Foam. Selain memutihkah muka, ia juga mampu untuk meratakan warna kulit muka kita. So, bye-bye sum burn.

Malam-malam, aku jarang apply produk kat muka sebab aku suka muka aku bernafas. Tapi aku recommend kan Garnier Sakura White Moisturizing Cream. Cream mampu  membuatkan kulit korang nampak pinkish ala-ala orang korea tu. Comel :)


Untuk kulit muka yang super kering, aku pakai Glam Glow Thirstymud Hydrating Treatment yang super awesome ni. Tesktur dia yang tak tertalu berminyak membuatkan Glam Glow ni sesuai di apply sebelum aku nak kuluar rumah atau nak stay kat rumah je.

Next, hand cream. Aku memang fam hand cream. Duduk kat rumah potong bawang pun aku suka pakai especially bila pakai L'Occitane Arlesienne Velvet Hand Cream ni. Bau dia memang wangi, tak melekit ataupun berminyak. Packaging pun kecik, memudahkan aku nak bawah hand cream ni kemana-mana saja.


Untuk penjagaan rambut, aku pakai Matrix Biolage SmoothProof Shampoo. Maxtrix Biolage sesuai dengan semua jenis rambut. Yang lurus ke, kerinting ke, warna rambut ke. Bau dia pun wangi, Rambut dah kering pun wangi lagi, lepas pakai tudung pun wangi. Saya suka! Dah memang sifat perempuan suka benda wangi kan.


Yang paling aku suka adalah, kalau aku rasa rimas dengan muka sampai rasa nak basuh muka, tapi tak ada air, aku akan spray kan sikit Always 21 Aloe Vera Soothing Gel Mist. Mist ni mampu membuatkan aku rasa sangat fresh dan melembabkan kulit muka aku. Aku selalu jugak spray kat kulit kepala En. Invo. :D


Nak baca entry tentang Simple Make-up yang super simple? Klik:
1. Simple Makeup
2. Shizens Lip Tattoo

 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^