Tuesday, February 10, 2015

Waxing Experience at CherryCo, Kota Damansara

Tajuk kat atas tu nak English je, padahal entry dalam bahasa Melayu. 

Hai korang!

Masa aku taip entry ni, aku sangat exited nak share dengan korang pengalaman pertama aku buat waxing kat CherryCo, Kota Damansara. Aku sebenarnya takut waxing, takut sakit. Takut kaki berdarah lah, bulu tumbuh lagi lebat lah. Bila try, okay je. lol

So, aku buat wax kat kaki dan Brazilian Waxing kat bahagian pubic. Malu? Mesti la malu. Bukan pernah aku biar orang tengok. Nasib dapat perempuan yang tukang wax, dan professional. Takde judgement. HAHA.


Dari mula-mula aku sampai, deorang briefing dan jamu kiteorng dengan sweets. Ada gummy bear, chewing gums, lolipops dan Sugus. Terus cair. Tempat menunggu pun memang selesa, luas lagi, wangi pulak tu. Lepas tu siap ada dengan cup cake lagi, dengan airnya lagi. Sedap. Service, keramahan deorang memang No. 1.


Kat bawah tu waiting area dia, kira macam port lepak lah. Cantikkan? Oleh sebab En Invo ikut jugak, jadi dia terpaksa tunggu sesorang sebab dia lelaki. Nasib baik waiting area dia selesa dan best. Sampai tertidur En Invo. Maap!



Changing room dia jangan cakap lah, unik okay. Pakai tirai langsir, siap ada sofa dengan cermin lagi. Kotlah korang nak belek-belek badan lepas treatment ke kan. Kat CherryCo ni, siap provide locker lagi. Jadi tak perlulah nak risau pakai keselamatan beg korang.

 

CherryCo menawarkan banyak rawatan kecantikan seperti:

1. Waxing: Kaki, ketiak, muka, belakang, tangan dan private part wanita (Brazilian Waxing).
2. Vajazzling: Hiasan badan dengan menggunakan crystals and stones.
3. IPL (Intense Pulse Light): Tak suka wax banyak kali? Ini service untuk permanent hair removal.
4. Manicure & Pedicure: Favorite aku!
5. Breast Enhancement: Bagi korang yang nak 'up'kan lagi.

Bilik rawatan kat CherryCo memang selesa, rasa secure. Kat sini ada lebih kurang 3 bilik untuk waxing dan 2 bilik untuk rawatan IPL. Nak safe, book dulu sebelum datang sebab kat sini IPL memang selalu full.

Bilik IPL
Bilik Waxing
CherryCo juga ada jual banyak produk natural untuk korang yani suka buat spa sendiri kat rumah. Deorang ada jual waxing set, lip scrub, skin scrub dan banyak lagi produk awesome. Untuk korang yang berminat nak beli, boleh la beli secara online atau walk-in ke CherryCo sendiri.
  
 

Ini set waxing siap dengan wax dah pre dan post lotion.
Terima kasih sebab bagi goodies bag ni. Ada gula-gula, post wax lotion, lip scrub, lilin bau lavender dan cash voucher! En Invo pun dapat satu, which means aku automatically dapat 2 goddies bag :D


Overall, aku tak menyesal la wax semua tu, especially wax kat bahaguan bawah tu. Sakit? Tipu la kalau tak sakit. Sakit la jugak sikit. Tapi sakit tu aku boleh la tahan. Paling teruk pun lepas wax, malam tu mesti dah tak sakit sangat. Sakit tu tak adalah seperti yang aku bayangkan. Yang tukang buat tu professional, soft and slow ye dia buat.

Repeat waxing? Definitely YES! Memandangkan first time aku dah awesome macam ni, memang lah aku syok nak waxing lagi. Takde rasa takut dah.

Alamat: No. 65-G , Jalan PJU 5/21,
 The Strand, Kota Damansara
47810, Petaling Jaya.
Hotline: 03-6142-4898 / 1700 814 838

Email: admin@cherryco.my
Facebook: CherryCo
Website: www.cherryco.my
Till then,
XOXO.

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^