Friday, May 8, 2015

Salun Rambut: Number76

Hai dan salam sejahtera

Bercakap pasal rambut. Walaupun aku ni seorang muslimah yang memakai tudung hampir sepanjang hari, aku tetaplah mementingkan kebersihan dah kecantikan rambut. Ini penting sebab bila orang pandang wanita bertudung, kebanyakan deorang mesti rasa kita ni tak tahu jaga kebersihan rambut.

Dah lama rasanya aku nak buat treatment ni. Tapi asyik tak ada masa je. Jadi, lepas potong rambut haritu, aku pergi ke salun Number76 dekat Bangsar 2 untuk buat Scalp & Hair Treatment.


Bagi yang pertama kali dengar pasal Number76, Number76 ini merupakan salun rambut yang telah dibuka sejak tahun 2001 lagi di Tokyo, Jepun. Salun rambut ini ada 5 cawangan di Kuala Lumpur (Mid Valley, Bangsar 1, Bangsar 2, Publika & Starhill Gallery) dan 1 cawangan utama di Tokyo, Jepun.


Di samping persekitaran yang bersih dan teratur, Salun ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan yang istimewa untuk pelanggan mereka. Number76 juga ada tempat menunggu khas untuk peneman korang atau kalau korang perlu menunggu (walk-in client), plug eletrik (sangat penting zaman sekarang) dan yang paling best, kawasan salun ini sendiri banyak tempat makanan yang best :)


Antara kelebihan salun ini daripada kebanyakan salun yang aku pergi adalah ia menyediakan ruangan khas buat para Muslimah. Private room adalah sangat penting bagi perempuan yang memakai tudung dan beragama Islam. 


Jarang sangat nak jumpa salun rambut exclusive yang juga ada ruang asing untuk perempuan Muslimah. Dahla consultant peramah, yang wash girl aka pembantu dia pun lembut je. Urut dia jangan cakap lah, sampai nak terlelap aku. Dahla pakai mask lagi kan. Selesa je.


Sebelum aku datang kat Number76, aku dah buat appointment dulu. Sampai je, aku terus dapat consultant aku, Jillian Low. Jillian merupakan salah seorang Senior Stylist kat salun ni.

Untuk scalp treatment ataupun rawatan kulit kepala, Jillian telah recommend aku untuk mencuba Kerastase Treatment since kulit kepala aku sensitif dan dah irritate. Manakala untuk treatment rambut aku cuba signature treatment kat sini iaitu Ultrasonic Iron yang rasanya tak boleh dapat kat mana-mana salun except daripada Number76.

    

Pergi dengan teman dan takut dia bosan? Jangan risau sebab kat sini ada banyak majalah untuk lelaki dan wanita dan waiting area yang sangat selesa. Nak bawak laptop, charge handphone pun boleh.


Harga pulak macam mana? 

Bagi aku, harganya standard bagi salun rambut yang exclusive dan peramah macam ni. Aku memang jamin yang korang akan rasa sangat selesa dan puas hati dengan servis deorang. Apa salahnya 2-3 bulan sekali keluarkan duit untuk kecantikan diri kan?


Jangan lupa. Penjagaan rambut bukan saja semasa kita kat salun je, tapi juga kat rumah. Takkan lah tiap-tiap hari nak pergi salun je kan. Menurut Jillian, shampoo adalah untuk kulit kepala dan memcuci tanpa sabun adalah untuk rambut. 

   
Terima kasih kepada Number76 sebab bagi aku peluang untuk mencuba treatment yang super awesome kat sini. Special thanks to Jillian dan Yuri sebab sudi melayan aku sepanjang treatment aku kat Number76 Bangsar 2. Even siap refill biskut untuk tunang aku.


Alamat: Rujuk website.
Website: www.number76.com
Facebook: www.facebook.com/paddling76
Instagram: instagram.com/number_76

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^