Monday, July 13, 2015

Kahwin @ Kawen

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update kan? Bukan tak rindu, tapi sibuk dengan hal kehidupan. Sambil-sambil fikir aku nak teruskan tulis blog atau stop. Tapi oleh sebab aku takut aku bosan nanti, aku tasa baiklah aku teruskan since ada jugak pihak yang sudi invite aku review mereka. Terima kasih :)

Bercakap tentang kahwin, Alhamdullilah, seru aku dah sampai. InshaAllah.

Raya Aidilfitri 2014.

Raya tahun lepas, lepas kerja (7AM), dia drive sesorang dari KL ke Penang selama dalam lebih kurang 5 jam sebab nak jumpa parent aku. Dia merupakan lelaki pertama yang jumpa parent aku untuk 'chop' aku walaupun kami kenal tak sampai 5 bulan.

Borak punya borak, deorang tak ada pun cakap pasal kawen. Cakap pasal bisnes dengan IT je since abah dengan dia ada minat dalam bidang yang sama. Petang sikit lepas lunch macam tu, dia pun berangkat pulang.


21 Februari 2015.

So, lepas tunggu lebih daripada 5 bulan, dan setelah berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, maka tarikh meminang pun ditetapkan. Sebenarnya planning awal nak tunang bulan Januari, tapi sebab kekangan masa dan mak aku dan dia dan adik-adik aku baru start sekolah, jadi postpone lah ke Februari. Oh! mak aku dengan mak dia cikgu.

Alhamdullilah. Sabtu 21 Feb 2015 aku dah pun menjadi tunang kepada bakal suami pilihan hati aku. Kenal dengan dia tak sampai setahun dan dia sudi jumpa abah dan mama menyatakan hajat untuk meminang aku. Terima kasih sebab terima diri ini seadanya.

20 Julai 2015.

Bertunang selama 5 bulan, InshaAllah, dalam masa kurang daripada seminggu lagi, aku akan bergelar isteri kepada Muhammad Faeez bin Azmi. Doakan yang baik-baik sahaja ok :)

3 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^