Friday, August 14, 2015

Dear MYNEWSHUB.CC

Hai korang dan pihak MYNEWSHUB.CC.

Merujuk link: Klik sini untuk direct ke mynewshub.cc.

Baru-baru ni viral pasal satu video seorang perempuan yang main Dota 2 (Yes, perempuan tu aku). Aku tak kisah sangat pasal apa komen negatif ke positif ke apa ke. Tapi jangan la sampai orang lain salah faham.



Merujuk kepada artikel yang aku screenshot *link di atas*, banyak fakta yang ditulis oleh penulis bernama hzq ni yang salah.

1. Aku mula bermain Dota 2 pada tahun 2014, bukan 2013.
2. Aku mula main Dota 2 selepas kenal dengan tunang/suami, bukannya aku dan mula main sebelum kenal dia lagi.
3. Nama tunang/suami aku bukan Fareez, tapi Faeez.
4. Video ini di rakam atas tujuan dokumentasi oleh pelajar tahun akhir KLMU tentang 'Pengalaman Perempuan Bermain Dota' dan bukannya 'Perempuan Tewaskan Lelaki'.
5. Merujuk kepada Facebook pulak, caption yang tulis 'Awas bahana permainan boleh menyebabkan ketagihan ekstrem' tak ada kena mengena dengan video, dan aku rasa tu hanya pendapat penulis.
6. Evil Genius: Sepatutnya ditulis dalam Evil Geniuses (EG) sebab itu nama real deorang.

Sepatutnya korang lebih berhati-hati dengan penulisan korang. Bukannya main tulis je apa yang korang nak tulis. Maybe korang tak rasa impak tu, tapi tuan punya badan yang akan rasa.

Aku harap pihak MYNEWSHUB edit post tu atau delete . Dan lain kali mintak permission owner video atau at least letak la credit kat student yang susah payah buat. Kesian deorang.

Update 3.30PM 14/08/2015: Thanks pihak MYNEWSHUB.CC kerana bertindak dengan pantas sekali. Korang dah edit tahun aku start main dan letak kredit kat budak-budak tu. Korang memang awesome! :D

3 comments:

  1. banyak jugak maklumat yg tak tepat tu. btw hebat yani sbb pandai main game dota. :)

    ReplyDelete
  2. sgt betul tu.
    suka ati diorang buat citer sensasi tapi x betul.
    just nak up kat blog diorang.
    boleh kena saman ni diorang!
    hopefully diorang belajar sesuatu la dari kes ni ekk :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^