Apa Itu El Nino dan La Nina?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak dari pertengahan tahun lepas mesti korang selalu dengar pasal Fenomena El-Nino dan La Nina kan? Tapi korang tau tak apa sebenarnya dua fenomena ni? Since sekarang musim fenomena ni, penting juga untuk kita tau apa sebenarnya El-Nino dan La Nina ni.

"El Nino" = Kemarau berpanjangan.
"La Nina" = Banjir besar.

Fenomena ni akan berlaku selama 6 hingga 18 bulan dan biasanya akan jadi masa pertengahan tahun dan semakin teruk menjelang akhir tahun tapi akan semakin baik menjelang awal tahun berikutnya.

Kredit: LINK

El Nino akan mula terjadi bila suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik melebihi 0.5 darjah celcius selama 5 bulan berturut-turut. Semasa fenomena El Nino terjadi, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membawa haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. 

Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, akan berlaku keadaan cuaca lebih kering (El Nino) manakala di kawasan Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa akan mengalami keadaan lembap (La Nina). 

Punca sebenar bagaimana El Nino dan La Nina terjadi masih lagi dalam kajian.

Impak kepada Malaysia? (Kredit: Hanif Bin Idrus)

Dengan kehadiran Fenomena El Nino yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).


Post a Comment

2 Comments

Nazihah@Jiha said…
Rindu nak dengar pensyarah membebel di hadapan pasal ni hehehe
Haha. Call la dia then suruh bagi syarahan :D

FOLLOWERS