Glory Beach Resort - 3 Bedroom Deluxe Seaview Apartment

Assalamualaikum dan hai!

Cuti raya cina haritu, dan cuti last aku sebelum aku masuk kerja balik, family mertua aku book untuk family day kat Port Dickson. Oleh sebab kami satu family semua ada dalam 11 orang dewasa, jadi stay kat apartment la mudah kan.

Glory Beach Resort menawarkan apartment dengan 2 bilik (3 dewasa, 1 kanak-kanak) dan 3 bilik (5 dewasa, 2 kanak-kanak) dan Penthouse dengan harga yang bagi aku berbaloi untuk percutian bersama keluarga. Bilik menghadap laut hanya apartment 3 bilik dan Penthouse sahaja.


Kaunter check in yang ramai gila orang beratur. Aku rasa pengurusan Glory Beach Resort kene take note benda ni sebab ada 2 kaunter je untuk check in. Kalau korang awal pun, memang tak boleh check in, kene tunggu 3 PM jugak.


Hallway jalan di luar apartment macam ni la rupa dia. Tapi seriously lift dia ada 1 saja untuk 1 banggunan ni. Kadang-kadang kalau full, kene tunggu lagi. Kalau jalan kat tangga pulak siap ada sampah housekeeping letak situ, dengan busuk lagi. zzz


Suasana dalam apartment boleh tahan puas hati. Tapi sayangnya aku rasa macam tak boleh masak dalam apartment ni. Mungkin korang kena bawak cooker sendiri atau induction untuk masak sebab peti sejuk dan disediakan. Oh! Servis untuk BBQ tepi laut pun ada, so korang hanya perlu book tapak untuk BBQ saja kat reception.






Fasiliti:
- LED TV dengan HyppTV channels
- Mini Fridge
- Cerek elektrik dan bahan kopi dan teh.
- Iron & board (upon request)
- Meja makan
- Toiletries dan tuala mandi

Master Bedroom yang ada attach toilet.
Bilik tengah yang toilet attach dengan dapur.
Bilik kecik ni takda aircond, hanya kipas.

Breakfast untuk semua orang dalam apartment. Kalau korang mintak tilam extra pun, yang extra tu dapat breakfast jugak. Kalau 2 hari, maka kena bayar untuk 2 hari. Breakfast dia not bad, even ramai orang, deorang topup makanan. Cuma gelas je lambat top up.


WIFI pulak memang free. Tapi kena mintak password kat reception. Macam aku haritu, dah la semata-mata aku turun pergi reception (tak sama block dengan apartment aku) untuk mintak password, lepas balik bilik, tak boleh pakai. Deorang tak bagitahu kat aku pun yang WIFI tak boleh pakai. zzz lagi.



Kat bawah adalah gambar sea view dari apartment dan Pantai Tanjung Gemok. Aku rasa pantai ni khas untuk yang menginap kat Glory Beach kot, atau orang yang stay area sini sebab tak ramai orang macam Pantai Cenang dan lain-lain.



Glory Beach Resort juga menawarkan servis lain seperti di bawah. Untuk harga, korang boleh nampak kat atas meja di ruang tamu sekali dengan no untuk dihubungi.


Harga resort dalam range RM 238 hingga RM 598 (ada cas tambahan untuk peak season). Dan boleh request tilam extra dengan charge RM 70 satu tilam single satu malam dan breakfast.

Check in: 3 PM
Check out: 12 PM

GLORY BEACH RESORT SDN. BHD.
Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok,
71000 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: 06 6516888
Website: www.glorybeachresort.com

Rating hotel: ★★★
Personal rating: ★★½

Sebab? Tak ada sesiapa pun yang inform aku yang WIFI dia tengah under maintenance, so tiada WIFI. Lagi satu, ada sekumpulan budak muda BBQ kat bawah, dan bising-bising sampai dekat pukul 3 pagi. Pihak resort patut pantau atau set limit sampai pukul berapa BBQ atau jangan bising sangat. BTW, aku siap call security suruh pergi tengok, tapi still bising gila.

Ok, itu saja review kali ni. Have a glorious day!


Post a Comment

4 Comments

kalau untuk 11 orang dgn harga tu mmg berbaloi la.. puas golek2 jugak tu bilik besar ehehe..
Aa. So far memang selesa, dekat gila dengan laut :D
Aa. Tapi 2 orang tak jadi datang. And, makan dia pun not bad, tapi ramai orang sbb kan masa tu musim CNY.

FOLLOWERS