Thursday, February 18, 2016

Review Filem: Pride and Prejudice and Zombies (2016)

Hai korang.

Filem horror plus action plus cinta ini merupakan filem yang diadaptasikan daripada novel "Pride and Prejudice" (1813) yang ditulis oleh Jane Austen . Filem terbitan Lionsgate, Cross Creek Pictures dan QC Entertaiment ini membariskan barisan pelakon seperti Lily James, Sam Riley, Bella Heathcote, Suki Waterhouse, Douglas Booth, Matt Smith, Jack Huston, Lena Headey, Charles Dance, Emma Greenwell, Millie Brady, Ellie Bamber, dan ramai lagi palakon yang berbakat besar.

SINOPSIS FILEM

Cerita ini tentang perang antara manusia dan 'yang tidak mati' (zombie) dan jugak hubungan pencintaan yang complicated oleh 2 orang manusia pada  awal abad ke 19 di Inggeris. Nak dijadikan cerita, virus zombie telah melanda bumi. Elizabeth Bennet dan adik beradik dia adalah seorang pahlawan yang telah dihantar ayah mereka untuk dapatkan latihan di China dan Mr. Darcy adalah seorang pemburu zombie yang handal.

Masa virus ni merebak, mereka perlu ketepikan perasaan cinta deorang untuk lawan dengan zombie tu dan mereka perlu bersama-sama askar untuk melawan zombie di medan pertempuran yang penuh dengan zombie yang mahukan manusia sebab masa perang ni, samada deorang lawan, atau kalah kena makan dengan zombie.

REVIEW FILEM

Cerita ni menarik jalan dia. sesuai dengan tajuk dia yang 'Pride and Prejudice' but not zombie. Kalau korang nak carik cerita zombie yang ganas-ganas, ini bukan filem yang sesuai untuk korang. Walaupun diklasifikasi sebagai filem horror, bagi pendapat aku tak seram langsung. Ada beberapa part je yang ada zombie. Part lain pun zombie tu lari-lari, kejar-kejar, tapi memang laju zombie tu lari.

Cerita ni banyak pasal love dan pasal kekuatan perempuan. Aku suka jalan cerita yang menunjukkan kekuatan perempuan tanpa lelaki. Mereka dihantar ke China untuk menjadi pahlawan, dan pada masa yang sama kekalkan sifat keperempuanan dalam diri mereka. Dan yang paling aku suka, tak senang tunduk kepada cinta.

Overall, bagi aku not bad la movie ni, tapi patut banyakkan lagi zombie yang ganas sikit and asyik perempuan tu je selamatkan lelaki tu, and macam tergantung je pasal 4 askar baju hitam tu. Eh, kata not bad? HAHA. Senang cakap, korang pergi la tengok sendiri.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 6.4/10



2 comments:

  1. was so attracted to their poster in cinema. But now, i would love to check this movie out after reading your review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, and please go if you love this kind of movie. :)

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^