Trendi Travel Mate: The First & Only Intergrated Travel Technology

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku berpeluang untuk ke OFFICIAL LAUNCH OF TRENDI'S BRAND AND COLLABORATION WITH DORSETT KUALA LUMPUR. Maybe sesetengah daripada korang dah pernah dengar Hotel Dorsett, tapi Trendi tu apa pulak?

Untuk pengetahuan korang, terutama kaki travel, Trendi Travel Mate merupakan satu-satunya travel technology yang menggabungkan pelbagai tempat untuk korang yang suka travel terutama di sekitar Kuala Lumpur. Trendi Travel Mate sesuai digunakan oleh warganegara dan bukan warganegara asalkan korang dah check in kat bilik hotel yang ada install Trendi ni.

Search: Trendi at Dorsett Kuala Lumpur.




Trendi Trevel Mate

Trendi Trevel Mate merupakan satu teknologi yang dimana gabungan handphone dan applikasi dalam phone yang telah diinstall dengan apps ni. Untuk pengetahuan, Trendi Trevel Mate memang tidak dijual di mana-mana pun, samda handphone tu atau apps tu sendiri. 

Trendi Trevel Mate menawarkan unlimited internet dimana korang boleh akses apps dia dan basic apps macam Facebook dan Whatsapp. so maknanya, kalau korang kat luar kawasan ke, atau orang asing datang Malaysia ke, tak payah la nak susah-susah pergi beli prepaid. Siap ada no handphone sendiri okay kalau nak buat call.


Trendi Trevel Mate menawarkan hampir 11 pilihan di menunya seperti:
1) Highlight
2) Shopping: 9 sub-menu seperti Malls, Women's Interest, Men's Interest, dll
3) Dining: 27 sub-menu seperti Malaysia delight, Chinese delight, Indian delight, Modern Cuisine dll
4) Leisure: 3 sub-menu seperti Hair Salon, Beauty Spa, Night Life
5) Adventure: 1 sub-menu
6) Speciality termasuklah Money Changer;
7) Grab Taxi
8) The Star
9) CNN
10) Translator
11) XE Currency


Gambar kat bawah menunjukkan macam mana rupa Trendi Travel Mate yang telah diinstall kat bilik hotel yang sekarang ini hanya exclusive di Dorsett Kuala Lumpur. Ada charger, casing, dan korang boleh bawak handphone tu keluar macam pakai handphone sendiri, tapi kene return balik masa check-out.




Dan in case korang tertanya-tanya atau terfikir "Eh, kalau rosak ke, hilang ke, macam mana?", yup, korang perlu bayar untuk sebarang kerosakan atau kehilangan. 

Macam mana Apps ini berfungsi?

Let say korang dah check in kat hotel yang ada install Trendi, so bila korang dah dapat handphone tu, korang pilih "Shopping- Malls", then jumpa "Central Market". Kat sini korang boleh lihat detail tentang tempat tu, bukak pukul berapa, tiket masuk ke, branch ke, atau contact detail.


Katakan lah korang tak tau kat mana tempat tu, just tekan je button tengah "Find Us" tu dah dia akan redirect ke Google Maps, senang kan? Kotla nanti driver teksi korang tak tau, boleh la pakai ni. Lokasi dia memang tepat and yang paling penting, FREE data!


Mudah kan dah ada teknologi macam ni?

Sebenarnya Trendi Travel Mate ni ada benefit kat pengguna dan orang yang advertising tu. Contoh macam spa advertise kat app ni, walaupun dia bayar untuk iklan tu, tapi dia akan dapat ramai pelanggan, sama juga macam pelanggan, dia bayar hotel, tapi dapat pakai servis ni secara percuma.


Untuk advertisement booking space kat Trendi Travel Mate, sila hubungi:

Jonathan Ng
Contact: 012-838 3525
Email: jonathan@trendi.co

atau

Amy Yong
Contact: 012-217 1989
Email: amy@trendi.co

Zuger International
117-G, Jalan PJU 1A/41B, 
Pusat Dagangan NZX, Ara Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Website: Trendi.co

Till then, buhbyee.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS