Wednesday, March 2, 2016

KOSE: SEKKISEI Trial Set

Hello Beautiful.

Aku berpeluang untuk mencuba set percubaan daripada KOSE Malaysia. Korang tahu tak yang penjagaan untuk mendapatkan kulit cantik mestilah bermula seawal mungkin, sebolehnya semasa zaman muda remaja lagi.

Produk SEKKISEI sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan kulit putih, gebu dan mulus. Dihasilkan daripada kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, menjadikan produk ini formula yang istimewa kerana dapat memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap macam orang Korea!


Tahun ini, SEKKISEI memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul daripada jenama ini! Tiga ekstrak tumbuhan timur sebagai bahan utama seperti Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit anda dalam keadaan sempurna serta dilindungi.


1. SEKKISEI White Liquid Wash (140ml/RM131.40)
Ingredient: Rubus Suavissimus Extract, Coix Seed Extract, White Lotus, Sasa Veitchii Extract.

Pembersih muka ini mampu membuatkan kulit kita lebih sihat, segar dan terhidrat. Hanya perlu ambil 1-2 pump ke tapak tangan, campur sedikit dengan air dan basuh muka korang macam pencuci muka biasa.


2. SEKKISEI Lotion (200ml/RM180.20, 360ml/RM275.60)
Ingredient: Coix Seed, Angelica, Melothria

Losen ni digunakan sebagai penyegar atau mask, losen penghidratan ini mampu mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan dan banyak lagi. Hanya perlu tuangkan sebanyak mana yang korang nak ketapak tangan, dan ratakan ke seluruh muka.

 

Tip KOSÉ: Untuk penghidratan segera, letakkan mask bihadagoyomi ke dalam penutup dan tuangkan SEKKISEI Lotion sehingga tablet mask kembang. Letakkan pada muka selama 10 minit dan rasai penghidratan kulit serta-merta :)


3. SEKKISEI Emulsion (140ml/RM191.80)
Ingredient: Inula Flower Extract, Coix Seed, Moutan Bark Extract, White Lotus, Angelica Extract

Emulsion bertindak macam pelembap, untuk mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan kekeringan seterusnya menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Guna 1 hingga 2 pam pada pad kapas dan sapu pada muka.


4. SEKKISEI Clear Whitening Mask (80g/RM94.30)
Ingredient: Coix Seed Extract, White Lotus, Angelica Extract.

Peel-off mask ini bertindak untuk menghilangkan blackheads, sel kulit mati dan mengecutkan pores korang yang terbukak tu. Sesuai untuk orang yang kulit berminyak sebab mampu menghalang pengeluaran sebum. Hanya perlu ambil sebanyak yang mencukupi dan ratakan ke seluruh wajah (elakkan mata, bulu mata, hairline & mulut). Kupaskan setelak mask tu kering dari arah dalam ke bahagian luar muka.


Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini adalah sesuai untuk pengguna kali pertama yang ingin mencuba dan melihat perbezaan SEKKISEI atas diri mereka sendiri, termasuklah aku. Oh! produk ni tak ada sijil halal ye, tapi bahan-bahan dia memang semua dari tumbuhan dan organik. So, no worries.


Pendapat personal

1. Favorite personal aku mestilah mask tu. Seriously lepas je aku pakai mask tu, rasa fresh sampai tak boleh tido sebab fresh sangat. Maybe nanti kene pakai lepas bangun tidur.

2. Paeh kan muka dia kering gila especially kat T-Zone area, sebab muka aku tak adalah kering sangat, jadi aku bagi dia cuba liquid wash tu, walau baru seminggu, dah nampak kurang kering muka dia, plus Paeh jenis muka sensitif sangat. Point is, SEKKISEI ni boleh juga pakai kat kulit yang sensitif. 

3. Walaupun ni trial kit, tapi rupa dia memang bukan macam trial sebab kebanyakkan trial kit, kecik cinonet je, tapi ni puas hati la jugak, dengan RM 99 boleh tahan 2-3 bulan lebih, untuk 2 orang pakai.

4. Aku ni jenis yang tak suka produk muka yang ada fragrant, nanti sakit kepala, dan SEKKISEI ni, bau dia memang minimal dan aku boleh tahan. hehe

5. Tekstur produk dia cair dan cepat meresap, tak melekit, tak payah basuh tangan pun lepas pakaikan kat muka.

6. Last but not least, packaging SEKKISEI yang exclusive membuatkan aku rasa macam pakai produk mahal, padahal RM 99 je, dengan karakter Setsuko- icon SEKKISEI

Info: Nama Setsuko bermaksud 'salji kecil’ dalam bahasa Jepun; gandingan sempurna dengan matlamat jenama ni yang memberikan kulit cerah umpama salji untuk wanita di seluruh dunia.


Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini berharga RM99 (termasuk GST), dan produk-produk terpilih adalah seperti berikut:
1. SEKKISEI White Liquid Wash 20ml
2. SEKKISEI Lotion 100ml
3. SEKKISEI Emulsion 70ml
4. SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g
5. Mask Bihadagoyomi 3 keping
6. Beg Setsuko eksklusif (gaya kimono atau gaya moden)


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan rangkaian Sekkisei, sampel atau imej produk, sila hubungi: 

Jane Wong or Lee Chin Wei 
Tel      : 03 – 7982 1750/1
E-mel : jane@bridgespr.com.my;
            chinwei@bridgespr.com.my

Website: KOSE Malaysia
Direct link Sekkisei: KOSÉ: SEKKISEI
Facebook: KOSÉ
Instagram: koremy

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^