Review Filem: Kung Fu Panda 3 (2016)

Hello korang!

Yey! finally Kung Fu Panda 3 dah keluar. Filem terbitan DreamWorks Animation ini dilakon-suarakan oleh Jack Black, Angelina Jolie, Dustin Hoffman dan ramai lagi, dan yang lagi menariknya, ada 3 orang anak Jolie-Pitt jugak dalam Kung Fu Panda 3 ni sebagai anak-anak panda.

SINOPSIS FILEM

Kung Fu Panda 3 menceritakan tentang Po yang secara tak sengaja terjumpa dengan ayah kandung dia setelah sekian lama terpisah. Lepas dah jumpa, Po dan ayahnya pun mengambil keputusan untuk ke perkampungan tempat ayahnya tinggal untuk belajar menjadi seekor panda sejati demi untuk mempertahankan kampung dia.

Nak dijadikan cerita, di alam roh, Kai, musuh lama Ogway telah mengalakan Oggway di alam roh dan berjaya mengambil kesemua roh kung fu master demi untuk kembali ke alam manusia untuk menakluki China.

Selepas Kai berjaya kembali ke alam manusia, ramai kung fu master nak kalahkan dia, tapi Kai terlalu kuat dan semua mereka tumpas, dan Kai juga ambil Chi kung fu master di seleruh Chia termasuklah Chi kawan-kawan Po.


REVIEW FILEM

Untuk filem sekuel Kung Fu Panda yang ketiga ni, bagi aku jalan cerita dia masih lagi best macam yang pertama. Jalan cerita yang susah nak ramal walaupun masa tengok trailer dah boleh agak yang Po dah jumpa dengan ayah dia. Kat sini secara tak langsung aku belajar jugak macam mana kehidupan sebenar seekor panda, (tah la betul ke tipu-tipu je cara panda hidup macam tu).

Paling aku suka adalah cara Po yang walaupun macam blur-blur, still handal dalam menangani masalah yang sedang dia hadapi dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan. Movie kali ini banyak menekankan nilai kekeluargaan, menghormati, persahabatan dan elemen yang penting dalam kehidupan, percaya pada kebolehan diri sendiri.

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 7.5/10


Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS