Monday, March 7, 2016

Tempah Kek Kahwin Murah Area Parit, Perak

Assalamualaikum semua.

Korang stay area Parit, Perak? atau tengah mencari kek kahwin yang sedap dan murah area Perak Tengah? and bila aku cakap murah, maksudnya memang murah betul.

Kek coklat sponge dengan berat 1 KG dan topping yang aku request gula-gula colorful macam M&M's dan diselaputi oleh cream putih dan chocolate rice. Dua benda tulisan nama kami tu, memang bakery tu sendiri yang cadangkan. Comel dan simple kan?




Haruslah ada gambar aku dengan Paeh dengan adegan suap-menyuap kek kan. Nampak tak tema kek macam budak-budak sampai mak sedara aku cakap "Awat kek macam budak sekolah je?". Dah nak buat macam mana, ni kek yang aku impikan, asalkan sedap. :D

 

Korang boleh je request design kek yang matang sikit. InshaAllah dia boleh buat. Kalau tak pun, pilih daripada galeri yang dia ada. Harga memang aku jamin murah, seriously. Mana nak cari kedai kek kat kampung dengan harga murah, dan orang Islam yang buat. Dah tentu halal.

Bakery ni baru bukak tahun lepas (2015) dan kedai ni betul-betul kat deret kedai sebelah Balai Polis Parit, Perak Tengah. Sebab aku beli 2 hari sebelum majlis, jadi dia offer diri hantar kek pagi aku kahwen tu kat rumah. Memang tiptop servis dia ni.

Harga: RM 50 (deposit RM 20)

Freaky Bakery (Iqa)
No 4, Kedai 8 Unit, Jalan Belanja, 32800, Parit, Perak.
Contact: 012 5582458

2 comments:

  1. salam balas kunjungan Nurul...terima kasih...siap jadi follower sekali.Jemput datang lagi ya...

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^