Saturday, June 11, 2016

Ramadhan Buffet di Restoran Asmara Penchala

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Minggu pertama berbuka, aku berkesempatan untuk berbuka di Restoran Asmara Penchala yang terletak di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara. Untuk pengetahuan korang, Restoran Asmara Penchala merupakan salah satu daripada 3 lokasi berbuka puasa yang di anjurkan oleh Felda D'Saji pada tahun 2016.

Pada bulan Ramadhan tahun ini, restoran ini menawarkan buffet makanan halal dari Middle Eastern yang di masak oleh selebriti chef Ammar Ali dan masakan Melayu oleh chef Ismail Jaafar. Siapa yang pernah makan makanan yang dimasak oleh pihak katering Felda D'Saji tahu la makanan dia sedap macam mana.


Meja pendaftaran berada di sebalik tiang pintu tu. Korang akan nampak lepas masuk. Kat kaunter korang hanya perlu bagi detail booking, dan bukti pembayaran kalau korang dah bayar. Kalau tak bayar lagi, jangan risau, korang boleh bayar on the spot.


Kalau korang dah book, mereka akan ditempatkan di meja special yang ada nama orang yang book tu. Dan yang paling aku suka, kita tak payah susah-susah nak berebut meja dengan orang lain. Korang boleh request untuk bilik air cond jugak. Tapi nanti jauh la dengan makanan :D



Seperti korang tahu, menu juadah berbuka puasa tahun ini adalah menu masakan Melayu dan masakan Timur Tengah. Menu dia memang banyak dan puas hati jugak la. Ada juga menu yang jarang nak ada kat kedai nasi campur macam daging masak halia.




Ada banyak pilihan ulam dan sambal. Paling terkejut, ada cencaru, budu semua. Memang lengkap lah koleksi sambal dengan ulam dia.


Kambing golek sedap oi! Lembut gila daging dia. Sos blackpaper dia pun sedap. Siyes aku repeat ambil daging ni 3 kali. Deorang pulak kerja cepat je, kalau habis memang restock balik. So tak payah risau kalau habis ke apa.



Kalau korang rasa macam makan nasi berat sangat, ada juga stall makanan lain macam mee kari, laksa, Italian food dan actually memang banyak pilihan makanan. Korang cuma perlu ambik dan makan je. Sedap ke tak? Sure sedap.




Menu pencuci mulut atau dessert memang banyak. Aku pun tak sempat nak makan semua sebab kenyang sangat. Kalau boleh memang nak makan seround lagi. Antara menu pencuci mulut yang ada adalah kuih muih, sup, buah-buahan, steamboat dan rojak pasembur.





Pasal air pulak, korang jangan risau sebab ada banyak pilihan air. Ada asam boi, sarsi, kordial oren, bandung dan air panas seperti teh dan kopi. Ada juga ABC dan ais krim. Aku amik ais krim masa nak balik. Makan dalam kereta :D


Untuk pengetahuan korang, Restoran Asmara Penchala sedang buat promo di Groupon.

(Jun 9, 2016 – Jul 1, 2016) Buffet for 1 person for RM55 instead of RM69
(Jun 9, 2016 – Jul 1, 2016) Buffet for 2 people for RM100 instead of RM138

Klik sini untuk beli (https://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/asmara-penchala-restaurant-1-1/95583423)

Restoran Asmara Penchala
Alamat: Lot 2933, Kampung Sungai Penchala,
Jalan Damansara, 6000 Kuala Lumpur.
Facebook: Asmara Penchala
Website: Ramadhan Buffet 2016
Contact no: 03-26988302 / 016-212 7952

Till then, dan selamat berbuka! ^___^

2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi review tempat kami..nice review

    ReplyDelete
  2. Artikle yang sangat keren, semoga sukses selalu

    Ingin Liburan Ke paket wisata karimunjawa dengan aman dan nyaman di karimunjawa ? Ingin Paket Wisata Karimunjawa dan gak murahan? Hubungi Kami "Raja Karimunjawa" biro lokal asli Karimun jawa . Untuk Book Paket Karimunjawa dan Tour Karimunjawa , silahkan hubungi kami karena kami biro karimunjawa dan trevel karimunjawa terpercaya. Paket wisata karimunjawa Murah tapi mewah, murah tapi gak murahan. Kepuasan Paket Wisata Karimunjawa anda di pulau Karimunjawa adalah kebahagia'an dan tujuan kami. Terimakasih telah mempercayakan paket wisata karimunjawa bersama kami Agen Wisata Karimunjawa dan furniture jepara. silahkan Untuk booking paket lebaran karimunjawa dan paket tahun baru karimunjawa

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^