Sunday, July 24, 2016

Dried Flower Bulb: Bunga Untuk Lelaki

Assalamualaikum dan hai.

Mencari hadiah yang sempurna memang bukan kerja yang mudah terutamanya nak mencari hadiah untuk lelaki. Kalau korang jenis yang tak ada masalah dengan duit, memang senang je, boleh beli PS4, wallet, perfume atau belt, tapi lain pula dengan yang kureng duit.

Bagi aku, lelaki memang satu kaum yang simple, kadang-kadang mereka tak ada harapkan apa-apa pun, cukuplah sekadar layanan yang baik, tapi kita kaum perempuan ni nak jugak bagi, kononnya untuk kenangan. Macam aku, aku suka bagi something yang simple dan rare. Haritu aku pernah bagi chocolate bouquet, dan sekarang aku nak bagi bunga pulak. 


Expectation vs Reality

Memang husband aku selalu bagi bunga cantik-cantik kat aku, walaupun aku rasa macam membazir je kalau dia bagi bunga, tapi memang happy la kalau dapat. Tapi sayangnya bunga cepat sangat layu and takkan nak buang gitu je kan? Thanks to Mrs. Fox Florist, yang datang dengan idea preserve bunga dalam bulb ni. At least macam ni boleh buat hiasan kan?

 

Memula masa order aku ingatkan ada orang deliver terus kat orang yang kita sampaikan sebab masa order tu ada kena pilih masa, tapi bila baca betul-betul balik, rupanya dia hantar by pos. Tapi jangan risau, walaupun kaca cepat pecah, packaging dia memang secure, dan paling penting, postage fee memang percuma ke seluruh Malaysia! :D


Selain daripada label "FRAGILE", dalam kotak tu sendiri ada banyak ciri keselamatan untuk elakkan daripada produk ni pecah. Alhamdullilah, masa aku dapat tak pecah :D Memang cantik je gubahan Rose dan Baby Breath tu.



Bila engkorang bukak je kotak tu, macam ni la packaging hadiah dia. Sesuai diberikan begini atau kalau korang prefer nak keluarkan daripada kotak ke, ikut korang la.

Mentol tu boleh tahan besar jugak. Besar sikit daripada tapak tangan, dan bunga dia tu memang dah di awetkan, kalau katakan korang ada idea lain nak gantikan atau nak campur dengan bunga lain ke, korang boleh tukar jugak. Penutup dia memang senang nak bukak.



Rare kan hadiah ni? Sesuai untuk orang yang suka benda simple. Dengan harga yang sangat berpatutan, korang da tak payah pening kepala nak fikir pasal nak bagi apa masa hari lahir atau anniversary atau bila-bila saja.

Mrs. Fox Florist
Website : www.mrsfoxflorist.com
Email: mrsfoxflorist@gmail.com
Instagram : mrs.fox_florist
Facebook : mrsfoxflorist
Honestly aku rasa ni merupakan hadiah yang sesuai untuk lelaki. Hadiah bunga untuk lelaki ni sesuai diberikan pada bila-bila tak kira pada hari jadi, anniversary dan banyak lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^