Wednesday, August 31, 2016

Pad Herbal dari Amez

Hello girls.

Entry kali ni memang khas untuk yang bergelar wanita dan perempuan. Yang lelaki pun boleh disilakan membaca untuk informasi korang. Tak salah kan nak tahu pasal perempuan kot nanti mak mintak tolong ke, adik ke, kakak ke, atau isteri ke kan senang dan ada general knowledge.

Aku selalu cerewet bab nak memilih brand untuk pad dan panty liner. Ada yang mahal tapi kualiti hampeh, ada yang dah syok dah tapi nanti kulit aku pula tak sesuai sampai kekadang naik ruam/melecet jadi atas banyak faktor aku memang sangat memilih.

Bila aku memula dapat cuba pad dan panty liner brand baru dari Amez ni, aku macam "Ok, cuba je lah 1-2 hari kalau tak ok nanti stop la", so aku cuba and guess what, girls seriously sila la cuba brand ni. Harga pun not bad dengan kualiti yang macam ni.


Packaging dia cute, besar tapak tangan aku, kaler pun soft je kewanitaan gitu. Detail kat packaging dia lengkap, tak payah susah-susah korang nak baca kat pamphlet atau website dia. Untuk pengetahuan korang, pad ini diluluskan oleh FDA dan ada silij dari ISO tau.


Amez: Panty Liner (160mm)

Aku memang jenis suka pakai panty liner tapi kebanyakkan panty liner yang aku pakai mesti akan hancur atau rosak lepas 3-4 jam aku pakai. Tak tau la sebab aku pakai ganas sangat ke apa kan but tu cerita betul. 

Tapi sejak aku jumpa Amez: Panty Liner ni, phew, pakai 5-6 jam pun elok je keadaan dia walaupun lebih nipis daripada kebanyakkan panty liner brand lain.

Harga:
Pek individu (30s): RM11.90
Pek berkembar (2x30s): RM19.90


Walaupun hanya panty liner, Amez: Panty Liner turut mempunyai kawasan cip hijau yang mengandungi negative ion (anion), FAR-infrared dan nano perak untuk menghalang pembiakan bakteria dan dipadankan dengan ekstrak herbal semula jadi seperti aloe, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender.

Lapisan penyerapan dan peredaran udara yang baik dengan ultra nipis dan lapisan bawahan yang 100% anti kebocoran juga membuatkan aku personally pilih brand ni.



Amez: Day (240mm)

Aku selalu kalau cari pad untuk kegunaan harian memang suka jenis cotton sebab sejuk dan boleh mengelakkan gatal-gatal dan ruam/melecet. Tapi selalu kalau cotton je, mesti tak tahan lama, cepat bocor sebab selalukan kita heavy masa hari pertama kan. Tu tak masuk kalau pad tu tersenget la, gam tak melekat la apa semua.

Amez Day ni pulak yang bestnya, menepati semua kriteria yang aku cakap kat atas. Gam dan kertas PE dia memang tahan walaupun terkena air dan paling penting pad ni tak bergerak walau aktif mana pun korang.

Harga: 
Pek individu (12s): RM12.90
Pek berkembar (2x12s): RM22.90



Selain daripada mempunyai pembalut yang berfungsi sebagai penahan bakteria, pad ni direka dengan cuff kaki ergonomic 3D yang unik yang membuatkan bentuk lebih flexible. Kat pad ni pun ada lubang-lubang yang berfungsi untuk pengudaraan.

Cip hijau tu pulau mengandungi anion, FAR-IR, nano perak yang berfungsi sebagai anti-bakteria semulajadi yang dicampur dengan ekstrak herba seperti aloe, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender.


Amez: Overnight (290mm)

Korang pernah tak pakai pad overnight yang panjang gila then yang tak selesa langsung? Dah tu kekadang kalau heavy-flow sangat pad tu senget masa tengah tidur then bocor. Amez overnight ni syok sebab bila pakai je korang takkan rasa macam pakai pad pun. 

Panjang dia memang standard pad overnight lain, tapi nipisnya memang rasa bebas. Aku ni memang jenis tak suka pad overnight. Memula cuba aku pun macam tak confident je sebab nipis tapi lepas je cuba hari pertama dan kedua, pergh best wei. 

Harga: 
Pek individu (10s): RM12.90
Pek berkembar (2x10s): RM22.90



Sama juga macam Amez: Day, pad ni direka dengan cuff kaki ergonomic 3D yang unik yang membuatkan bentuk dia 'masuk' dengan korang. Kalau korang tengok pad ni, dia ada lubang-lubang tu fungsi dia untuk pengudaraan, so masa pakai memang takkan rasa panas dan berpeluh.

Lapisan dia pulak memang ultra nipis tapi ada polimer penyerapan kuat (SAP). Kawasan hijau tu pulak ada anion, FAR-IR, nano perak yang berfungsi sebagai anti-bakteria semulajadi yang dicampur dengan ekstrak herba seperti aloe, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender.


Sebab pad-pad dari Amez ni ada bau herbal yang wangi, kalau korang simpan kat packaging biasa nanti hilang la bau dia kan. Tu belum tentu bakteria pulak. Sebab tu packaging dia ada seal macam ni. Lebih terjaga kualiti dan kebersihannya. Pek pun kecik dan nipis je, senang nak bawak travel sebab tak makan ruang.


Kawasan bulatan merah menunjukkan gam yang walau macam cinonet je, tapi kuat. So korang tak perlu risau pasal pad bergerak ke apa semua. Bila pakai je, barula rasa lebih yakin. Nak bersukan ke, nak berjalan ke, rilek je lepas ni.


Ni pulak comparison panjang. Bagi aku panjang dia standard macam brand lain, tapi dia nipis dia memang aku sendiri boleh cakap ultra nipis. Material dia pula memang jenis yang high kualiti. Selama aku pakai aku boleh cakap aku puas hati dengan Amez ni.


Berminat? Boleh dapatkan secara online di medium tertera di bawah atau di Aeon Wellness yang terpilih. Selamat mencuba girls :)
Amez Care
Website: www.amezcare.com
Facebook: Amez Care
Instagram: amezcare

1 comment:

  1. akak suka la pad herba2 ni.. orang kata busuk sbb bau kuat..
    tapi okay je.. sebab rasa fresh..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^