Tuesday, August 2, 2016

Pemilihan Hero dalam Dota 2


Hello korang.

Kalau korang baru lagi main Dota 2 ni, korang akan pening nak pilih hero apa nak main sebab Dota ada banyak gila hero. Bagi aku, kalau korang betul-betul minat nak cuba main Dota 2, korang boleh focus kepada satu-satu role atau satu hero dulu sampai mahir atau at least sampai dapat faham gameplay macam mana.

Dota 2 ada banyak role, pemilihan hero dan role yang betul dalam setiap game amatlah penting. Ada hero yang kuasa dia untuk lawan hero lain, ada yang untuk menghalang hero lain, ada yang lebih kepada membantu rakan-rakan, dan ada juga lebih kepada menolak lane untuk jatuhkan tower enemy. Ada juga hero yang kuat masa awal game dan ada yang kuat masa late game.


Selalunya pemain akan pilih hero berdasarkan role masing-masing seperti role Mid, Carry (semi/hard), Support (semi/hard), Offlane, Roamer, Jungler, Pusher atau Tanker. Penting untuk bagitahu rakan sepasukan korang apa role korang supaya tak pening kepala bila nak lane nanti.

Cara pilih Hero senang je kalau korang tau nak main hero tu. Korang boleh refer kat gambar kat bawah. Pastikan korang pilih hero yang korang tahu main untuk tidak membebankan pasukan korang, kalau nak berlatih, sila inform rakan pasukan korang.

Credit to the owner of the image.
Cara pilih hero ada banyak. Salah satunya adalah berdasarkan "lane". Ada hero sesuai main Mid Lane, ada yang sesuai Hard Lane dan ada yang sesuai Safe Lane. Ada hero boleh juga jungle saja dan ada yang boleh roam, iaitu berjalan-jalan.

Korang boleh refer gambar kat bawah. Ingat tau, kalau korang team merah dan atas tu, team Dire, manakala yang hijau bawah tu Radiant. Penting untuk korang ingat ini sebab lane untuk kedua-dua pasukan tak sama. Contoh: Safe lane Radiant adalah Hard lane untuk Dire dan begitu sebaliknya.



Selalunya apa yang aku suggestkan untuk pemain yang baru main Dota adalah, mula main dengan hero support yang mudah dahulu seperti Crystal Maiden, Lion, Jakiro, Dazzle, Witch Doctor, Omniknight, Orge Magi untuk fahamkan gameplay. 

Hero support memang paling sesuai digunakan untuk fahamkan gameplay berbanding role lain sebab support hanya perlu tolong pasukan dalam team fight, beli ward dan courier, and oh ya! dan jangan banyak sangat mati.

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^