Wednesday, August 10, 2016

Review Filem: Nerve (2016)

Hai korang.

Credit to Budiey.com sebab bagi aku dan suami tiket ke premier screening movie Nerve.

Filem Nerve diadaptasikan daripada novel english yang dihasilkan oleh Jeanne Ryan pada tahun 2012 yang dilakonkan oleh Emma Roberts, Dave Franco, Juliette Lewis, Emily Meade, Miles Heizer, Kimiko Glenn, Samira Wiley, Ed Squires, Brian Marc, Marc John Jefferies, Colson "Machine Gun Kelly" Baker, Casey Neistat dan ramai lagi.


SINOPSIS FILEM 
Nerve, merupakan satu game online yang disiarkan secara langsung secara online oleh mereka yang daftar akaun dalam web Nerve. Venus atau Vee telah memilih untuk menjadi pemain dalam game itu dan apa yang dia tak tahu adalah, sebaik saja dia daftar akaun tu, segala info mengenai dirinya akan diketahui oleh game tu termasuklah bank akaun dia.

Dalam game tu, konsep dia adalah untuk selesaikan cabaran atau Dare untuk dapatkan sejumlah wang yang banyak. Semakin tinggi level dan cabaran, semakin banyak duit yang mereka akan dapat. Bila dah masuk game tu, korang boleh keluar dengan 2 cara, iaitu gagal atau tarik diri.

Malangnya ada twist dalam Dare tu, setiap tahun player terpilih akan ke pusingan akhir untuk berebut wang taruhan yang sangat banyak dan kebanyakkan player tak tahu pasal macam mana pusingan akhir ni berjalan.



REVIEW FILEM

Game ni sebenarnya tak cerita pasal gamer sangat, sebab jalan ceritanya lebih kepada 'Dare'. Kat dalam movie ni, korang akan dipanggil gamer kalau korang bermain sebagai player, yang melengkapkan cabaran dan dapat duit. Bila fikir balik, syoknya kalau ada kat real life :D

Cerita ni juga menceritakan apa 'feeling' bila kita buat sesuatu yang bahaya. Bila dah mula, mesti akan ketagih nak buat lagi dan nk buat lagi. Aku suka karakter Vee yang memula cerita naif je, at the end sampai ke final. Jalan cerita ni menunjukkan betapa mudahnya manusia dimanipulasi hanya dengan game dan duit. 

Apa yang paling aku suka dalam movie ni adalah soundtrack dia. Lagu-lagu dalam movie ni semua best walaupun ada lagu yang lama, muzik dia memang catchy. Balik je screening esok tu aku da siap download lagu-lagu dia dalam Spotify aku.

Bintang: ★★★★
Rating IMDb: 7.2/10


No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^