Thursday, August 4, 2016

Street Churros Malaysia - IOI Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan hello korang.

Churros memasuki pasaran makanan Malaysia dalam awal tahun lepas, lepas tu memang popular la churros ni sampai ada banyak kafe kat KL ni yang jual, tapi rasa dia memang tak menepati selera aku, ada yang berminyak sangat la, ada yang terlebih cinnamon (kayu manis) pulak.

Pada 29 Julai 2016 yang lepas, telah berlangsungnya pelancaran kafe Street Churros yang pertama di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, kafe Street Churros semamangnya popular di Korea Selatan. Kalau pergi Korea nanti try rasa churros dia sama tak dengan yang kat Malaysia.


Dengan konsep ala Mediterranean-street cafe, korang boleh pilih untuk take away atau makan kat kafe ni. Jangan marah kalau order korang lama sebab mereka akan mula menggoreng selepas korang order untuk mengekalkan rasa segar churros tu.

Kafe Street Churros menawarkan 3 pilihan churros seperti original Churros, Filling-chu, Ah-chu dan juga minuman exclusive seperti Latte.


Dengan harga RM4.90, korang boleh pilih CHURROS berbentuk ladam kuda dengan 3 perasa pilihan. 1. Cinnamon, 2. Cheese dan 3. Chocolate. Walaupun kosong, rasa dia memang sedap! Rasa yang tak terlalu padat, tepung yang just nice, dan paling penting sekali, tak berminyak.


Dan kalau korang tak suka makan churros kosong, korang boleh juga beli DIPPING SAUCE sos pilihan dengan harga RM1.50 satu, dan pilih antara 1. Strawberry, 2. Blueberry, 3. Cream Cheeese dan 4. Chocolate, untuk cicah bersama dengan churros yang sedap tadi. Seriously sos chocolate dia memang sedap sangat. Cicah dengan strawberry pun sedap gak ni.



Ada juga FILLING-CHU untuk korang yang suka churros yang di salutkan dengan cinnamon dan ada filling dalam dia. Pilihan inti churros antara 1. Chocolate, 2. Cream Cheese dan 3. Blueberry dengan harga RM7.90 sahaja. 

Aku nasihatkan, kalau korang beli filling-chu ni, makan cepat-cepat tau, sebab nanti filling dia cepat meresap masuk ke churros, tapi still sedap. Cuma, makan panas-panas lagi sedap kan.



Kalau datang IOI Putrajaya nanti korang kene try Ah-chu ni. Sedap wei, makan churros panas cicah dengan ice cream. Feeling dia macam makan fries cicah ngan ice cream kat Mcd, cuma ni lagi sedap tahap nak order lagi satu.

AH-CHU merupakan combinasi churros yang baru di goreng dan soft ice cream dengan pilihan perasa 1. Original, 2. Choco Choco 3. Choco Berry dan 4. Strawberry dengan harga RM8.90.



Macam yang aku mention kat atas tadi, kafe Street Churros juga menawarkan pelbagai range minuman exclusive untuk pelanggan mereka. Yang antara top adalah minuman LATTE yang korang boleh pilih antara 1. Choco Latte, 2. Milk Tea Latte atau 3. Green Tea Latte dengan harga RM7.90 untuk panas dan RM8.80 untuk sejuk.

Personal favourite aku, Milk Tea Latte.

  

Steet Churros Malaysia bercadang akan membuka 5 lagi cawangan mereka di sekitar Lembah Klang sebelum hujung tahun ini. 

Oh and in case korang tertanya-tanya, Kafe Steet Churros halal ke tak, mereka masih belum memiliki sijil halal kerana bahan yang mereka pakai diimport dari Korea, jadi mereka masih dalam proses untuk dapatkan sijil halal di sana. Tapi, inshaAllah bahan yang digunakan adalah halal dan tiada sumber binatang digunakan.

 
Street Churros Malaysia
LG-66A, Lower Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya.
Instagram: streetchurrosmy
Facebook: StreetChurrosMY
Website: streetchurros.com.my
Come, lets Churri-fic!

1 comment:

  1. Sedapnya messti menjilat jari sambil makan tu hehehehe

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^