Tuesday, September 13, 2016

Masakan Ketam Halal dari Chef Hong Kong di Restoran Eastern Crabs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry ni memang agak lama dah bersarang-he kat draft blog ni, baru sekarang ada mood nak settlekan. Sebabnya bukan malas ke apa, sebab setiap kali tengok je gambar-gambar semua ni, mesti terliur rasa macam nak pegi je makan esok lagi.

Aku memang jenis tak makan sangat seafood, bukan sebab allergy ke apa, sebab memang tak suka, tapi ketam is my favorite! Selalu aku makan ketam goreng yang sekor besar tapak tangan aku je, tapi kat Restoran Eastern Crabs ni, ketam paling kecik pun besar 2 tapak tangan aku. Size XXL wei.


Lokasi Eastern Crab ni adalah kat Plaza Ampang City. Aku suka lokasi dia, tak terlalu crowded dan senang je nak cari parking. Eastern Crab ni memang kat corner lot. Maybe orang ramai tak perasan sangat sebab banner dia dah lusuh warna tapi dalam masih lagi cantik.

Secara keseluruhan, restoran ni kecik je, tapi just nice untuk adakan family gathering atau nak buat private function lain. Bagi aku, restoran ni dah cukup nice ada aircond yang tak terlalu panas dan sejuk selain daripada bersih dan kemas dan yang paling penting, halal.



Eastern Crab menawarkan makanan laut halal terutamanya ketam saiz giant dengan harga yang sangat berpatutan sesuai untuk dikunjungi oleh student atau yang budget ciput sebab harga dia lagi berbaloi dari hipster cafe.

Bila aku tengo balik gambar daging Sauteed Ginger Beef RM15.50 standard / RM25 large, seriously berbunyi-bunyi perut aku. Walaupun restoran ni banyak hidangkan makanan laut, masakan daging dia pun bagi aku sangat marvelouss. Antara banyak-banyak lauk, ni merupakan fersonal favorite aku.


Bagi korang yang gilakan sotong, boleh la cuba Kam Heong Fried Prawns RM21.50 standard/ RM32.50 large, atau kalau nak yang lebih simple, boleh cuba sotong goreng Butter Fried Squid RM19.50.



Bagi yang datang dengan orang yang tak suka seafood, boleh la order ayam goreng Deep Fried Chicken Wings with Salt and Pepper RM16.80. Ayam goreng ni bagi aku sedikit masin, tapi just nice la kalau makan dengan nasi.


Kotla korang teringin nak makan dengan sayur ke aku cadangkan korang untuk cuba:

1. Fried Broccoli with Crab Meat RM18 standard/ RM27.50 large- Brokoli dimasak dengan isi ketam.
2. Steam Beancurd RM8.50- tauhu lembut, hidangan simple tapi sedap.

Menu ketam Restoran Eastern Crab

Wew. Sedapnya ketam yang gedabak macam ni. Ketam XXL, fresh dan juicy kat Eastern Crabs adalah dari Sri Lankan Mud Crabs yang membekalkan makanan laut halal. Setiap satu hidangan ketam adalah RM65 nett dan bagi aku sesuai untuk dimakan untuk 2-3 orang.

Sizzling Black Pepper Crab
Bagi aku, rasa hidangan ni biasa-biasa saja. Tapi suami aku dan orang lain ramai juga yang suka. Husband aky cakap ketam rasa juicy dan bila campur dengan kuah sizzling ni jadi sedap.


Singaporean Chilli Crab
Secara jujurnya, aku tak tahu nak expect apa kat hidangan ni. Yes, ketam dia sedap, tapi rasa lauk ni macam pelik sikit. Rasa dia pedas tapi tak pedas, manis tapi tak manis, lebih kurang macam sweet sour tapi tak sour.


Salty Egg Yolk Crab
Ini hidangan yang paling aku suka dan aku boleh habiskan sorang-sorang kalau aku tak sakit tangan kupas isi dia. Walaupun pakai telur masin, tapi hidangan ni tak masin sangat. Memang favorite pick lauk ketam ni. Simple dan yummeh!



Butter Milk Crab
Ni pun hidangan kegemaran aku juga. Kalau datang sini memang rugi tak cuba hidangan ni. Kuah dia pekat, rasa sedap, cukup rasa. Rasa butter milk dia memang awesome lah. Susah nak komen sebab sedap sangat. Lauk ni pun salah satu top order kat Eastern Crab.


Hong Kong Typhoon Shelter Fried Crab
Dan tak ketinggalan, ketam goreng yang dicampurkan dengan bawang goreng. Masakan ni memang aroma dia menusuk kalbu. Orang lain yang tengah makan pun boleh berenti makan sebab nak tengok hidangan apa yang bau wangi ni. Definitely kegemaran husband aku.


Menu biasa Restoran Eastern Crab

Ada juga hidangan yang biasa untuk korang yang nak makan ringan atau kurang bajet. Walaupun nasi biasa, portion dia sangat banyak tau. Kalau aku makan macam boleh untuk 2 kali makan. Korang boleh cuba nasi goreng, koey teaw, mee dan banyak lagi menu simple lain.

1. Hong Kong Famous Fried Rice with Prawns RM10.90 
2. Hong Kong Famous Fried Koey Teow with beef RM8.60
3. Cantonese Yin Yong RM6.90
4. Dry Egg Noodle with Seafood RM10.90





Dessert dan Mocktail

Dah alang-alang datang sini, rugi pulak tak cuba Fruit Mocktails RM10.50 ni. Korang boleh pilih nak yang mana satu sebab ada banyak pilihan.

1. Ferrari for the Dragonfruit Lychee drink
2. RothParadise for the Apple Longan
3. Furnergy for the Carrot Celery drink 
4. Apple Cooler for the Apple Asamboi
5. Red Card for the Watermelon Lyche
6. Merdeka Delight for the Green Apple Longan

dan banyak lagi.


Tak lengkap pulak makan berat-berat tapi tak ada pencuci mulut kan. Ada banyak pilihan untuk pencuci mulut, tapi aku cadangkan korang untuk cuba antara dua kat bawah. Aku jamin la rasa dia berbaloi untuk order.

Kalau yang teringin nak makan pencuci mulut tradisi stail orang Hong Kong, boleh la cuba Fresh Mango Cream with Pamelo RM6.50 ni. Hidangan ni merupakan campuran kisaran manggo dan susu yang ditambah dengan biji sagu dan pulp limau bali.

Bagi korang yang tak berani nai cuba yang tadi sebab takut tak boleh telan, boleh cuba ini. Frutti Nutti dessert RM6.50 yang merupakan hidangan ice cream yang dilengkapi dengan buah naga, mangga, sos coklat dan chocolate roll wafer.



Restoran Eastern Crab
Alamat: G-02, Ground Floor, Plaza Ampang City, 
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact no: 012-923 2344 / 03-4266 6331.

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^