Pembersih Kewanitaan Dauh Sireh Sumber Ayu Kini dengan Formulasi yang Dipertingkatkan

Assalamualaikum dan hello ladies.

Sejak dah nikah ni aku memang pentingkan penjagaan kecantikan diri untuk nampak lawa depan suami. Kecantikan diri termasuklah sentiasa terurus, bersih dan wangi barulah suami sayang kan? Sebab tu penjagaan Miss V sangat penting bukan saja untuk wanita yang dah berumah tangga, malah kepada gadis-gadis lain juga.

Zaman dulu memang popular pemakaian daun sireh untuk membersihkan kawasan Miss V, tapi sekarang dah mudah dengan adanya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu. Bahan utama pembersih ini adalah ekstrak Daun Sirih yang kini dipertingkat bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu


Untuk pengetahuan korang, pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu merupakan produk yang sangat sesuai untuk semua wanita di setiap peringkat umur dan jenis kulit terutamanya korang yang ada masalah bau yang kurang enak kat bahagian tu.

Bagi korang yang tertanya-tanya, halal ke Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni? 
Ya, pembersih ini diperakui Halal oleh JAKIM. Jadi kalau korang nak minum pun takpe sebab halal, tapi kalau keracunan makanan itu sendiri tanggung ya.


Terdapat 6 varian yang telah dipertingkatkan formulanya, antaranya adalah:

1. Musk: Aroma kasturi yang ringan memberi kesegaran optimum agar kekal segar sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli.

2. Fruity: Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi korang yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

3. Orkid: Haruman segar dari orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.


4. Mawar: Wangian mawar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan yang sesuai bagi mereka yang berjiwa romantis.

5. Floral: Kombinasi aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

6. Gambir: Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.


Pilihan kegemaran aku? Tentulah yang ketiga-tiga ni, terutamanya haruman Fruity. Aku memang jenis tak suka sangat bau pelik, sebab tu aku suka bau fruity ni, dia macam body mist, sweet dan segar, tapi rupanya dia pencuci khas wanita.

Antara lain yang aku suka pasal pembersih kewanitaan ni adalah, bentuk botol dia. Bentuk botol dia diinspirasikan daripada keanggunan lekuk tubuh wanita. Nampak feminim tak macam bentuk botol brand lain, tak adalah suami aku nak terpakai.

Cara nak pakai? Mudah je, hanya letakkan cecair pembersih kewanitaan  Sumber Ayu sebesar syiling 10 sen, letak air sikit tapi kalau tak nak letak pun takpe, gosok bagi ada buih, dan cucikan di kawasan yang nak dicuci. 

Harga
90ml: RM3.60
200ml: RM5.80

Untuk korang yang berminat dapatkan produk Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU korang boleh beli di semua pasaraya utama dan farmasi. 

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS