Tuesday, September 6, 2016

Pengalaman Buang Skin Tag di Premier Clinic, Bangsar

Hello beautiful.

Secara jujurnya, aku dulu memang pandang serong sikit kat klinik aesthetic ni sebab masa tu aku tak tau sangat apa itu aesthetic. Aku ingatkan estetik ni macam pembedahan plastik dan botox je. Tapi bila dah meningkat dewasa, baru la aku tau estetik bukan setakat tu saja, tapi merangkumi banyak rawatan yang khas untuk jadikan diri kita cantik khususnya untuk wanita. 

Premier Clinic atau dalam bahasa Malaysia, Klinik Premier merupakan salah satu klinik estetik yang dipercayai di Malaysia. Klinik ini menawarkan doktor aesthetic yang sangat mahir dan berpengalaman.


Memula aku sampai, wew sign board dia dalam bahasa Malaysia wei.- klinik premier. Company orang Malaysia ni. Pemilihan warna klinik aestethic ni memang aku boleh cakap lain dari klinik aestethic yang lain. Selalunya klinik kecantikan kaler biru, hijau, tapi klinik ni kaler modern. Nampak macam mahal dan eksklusif, tapi seriously, harga dia memang boleh mampu.


Tempat wajib, tandas yang bersih. Kot la nanti nervous sangat kan, kot la lepas makan pulak. Tandas memang bersih, tapi kat sini tak ada bilik mandi ye. Surau pun aku rasa tak ada disediakan, tapi ada satu bilik tu macam boleh je nak solat kat situ.


Lepas korang dah habis register semua kat premier clinic, just tunggu sekejap untuk jumpa doctor lepas tu. Kejap je, ye la kan sebab ada buat appoinment dah, kalau korang nak request doctor perempuan sila remark siap-siap ye sebab nanti deorang akan bagi secara random je.

Doktor premier clinic yang akan rawat aku masa hari tu adalah Dr. Kee Yong Seng. Sebelum datang memang ku dah google pasal dr ni, memang professional dan berpengalaman dalam bidang aesthetic. Masa consultation la korang akan cerita apa masalah korang. Masa ni juga doktor akan recommend rawatan apa yang sesuai untuk keadaan korang. 


Untuk sesi aku, aku dah memang request untuk buang Skin Tag kat badan aku. Skin Tag merupakan lapisan kulit lebih yang selalunya tumbuh kat kawasan leher, dada, punggung, ketiak, bawah payudara ataupun di celah peha. Skin tag ini tidak berbahaya dan biasanya tidak menyebabkan rasa sakit, kecuali kalau ada iritasi dari baju ataupun terkepit.

Untuk harga pula di Premier Clinic, bagi aku memang berbaloi sebab aku punya skin tag tak besar dan harga adalah untuk untuk satu sesi sahaja. Ada yang kene beberapa sesi dia tengok juga skin tag jenis yang macam mana.
Harga per biji Skin Tag di Premier Clinic
Kecil dari 3mm: RM 100
Besar dari 3mm :RM 300

Bilik rawatan premier clinic ni memang bersih dan nampak elegan. Bagi aku, dah memang cukup besar, cukup warm, suhu yang tak sejuk sangat, dan tak panas sangat. Ini penting bagi aku sebab ye la kan doktor nak buat 'pembedahan', so nervous tu mesti ada.

Bagi pesakit, silakan salin kepada pakaian yang disediakan. Hair cap ada, tapi kena mintak. Ada juga plastik kecik untuk letakkan barang kemas korang atau keronsang. Then boleh letak barang kat dalam beg ni, atau pass je kat penjaga korang. Kat hujung bilik tu ada kerusi yang disediakan untuk penjaga korang. Masa rawatan memag tak lama sangat pun, untuk rawatan aku tak sampai 10 minit.




Untuk sesi yang aku buat, memula nurse tu letak mende 'Botox' ni kat kawasan yang nak dibius. Actually mende ni sejukkan je area situ. Fungsi dia untuk rileks dan kebaskan kawasan tu untuk injection bius nanti. Then dia akan pakai 'massager', untuk tenangkan otot dan inject bius. 


 

Masa nak buang tu, doktor akan pakai tools kat bawah ni. Mende bulat tu untuk kaut/scoop skin tag aku dan mende yang macam pen tu untuk matikan sel kulit skin tag tu supaya tak tumbuh semula nanti. Actualy pen tu macam laser yang membakar, so memang akan bau terbakar.

Sakit? Secara jujurnya, masa scoop tu memang tak sakit langsung, feeling je over sampai berpeluh-peluh, tapi masa pen nak matikan sel tu yang rasa tajam-tajam sikit, honestly, kene gigit semut gatal lagi sakit. HAHA - hanya di Premier Clinic.



Ni la gambar kat satu bahagian badan aku yang semestinya sudah aku blur kan. Belah kiri adalah sebelum, kanan tu pulak adalah sebaik selepas pembedahan. Nampak berair sikit sebab dia letak cooling gel. Lepas settle, tak ada sangat pantang larang, nak jaga pun senang. Ubat memang lagi la tak ada. Ada juga kes lain yang diberikan ubat.

 

Hasil dia selepas 2 minggu adalah, tadaa! Luka sudah kering, dah habis fasa kudis dah tercabut. Sekarang tengah fasa healing. Mengikut kata Dr. Kee, parut tu akan hilang, tapi mengambil masa, tapi skin tag tu memang confirm takkan tumbuh dah.


Bagi korang yang tak pernah lihat skin tag tu macam mana, ni la rupa dia lepas di potong. Nampak kat sini macam besar, sebenarnya kecik je bila kat badan. Selalunya kaler dia memang akan gelap sikit daripada warna kulit yang lain. So, ni la souvenir untuk aku bawak balik kenang-kenangan. 


Terima kasih Dr. Kee Yong Seng sebab sudi rawat saya. Memang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan oleh Dr. Kee dan staff nurse yang lain. Rasa confident dan rileks je. Dr. Kee pulak jenis yang ramah dan professional, lagi la hilang rasa nervous.

Boleh follow blog Dr. Kee - Premier Clinic kat sini. LINK: www.klaesthetic.com


Premier Clinic/ Klinik Premier ni ada 2 cawangan satu di TTDI dan satu lagi di Bangsar.

Bangsar Baru
(Sama barisan dengan Pejabat Pos dan sebelah Raj Banana Leaf saja)
Alamat: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin -  2-7PM
Selasa-Sabtu - 10AM-7PM
Tutup: Ahad dan cuti umum.

TTDI
(Sama barisan dengan Pizza Hut dan sebelah Maxis dan Digi centre.)
Alamat: 31 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur


Contact: 012-662 5552 (Call/ SMS/ WhatsApp)
Facebook: Premier Clinic
Instagram: premier_clinic
Youtube: PremierClinic
Email: contactus@premier-clinic.com

1 comment:

  1. ehehe nak pi buang jugaklaaa.. ada sbijik dua ni.. hehe..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^