Thursday, September 15, 2016

Review Filem: Ben-Hur (2016)

Hai dan hello :D

Credit to Budiey.com kerana sudi jemput aku ke ke premier screening filem Ben-Hur. Suami aku memang peminat cerita genre ni. Ihiks.

Filem genre epik sejarah ini merupakan adaptasi daripada novel yang bertajuk "Ben-Hur: A Tale Of Christ" pada tahun 80-an karya Lew Wallace. Filem ini dilakonkan oleh pelakon epik dan bersejarah juga, iaitu Jack Huston, Toby Kebbell, Morgan Freeman, Rodrigo Santoro, Nazanin Boniadi, Ayelet Zurer, dan Sofia Black D’Elia.


SINOPSIS FILEM
Film Ben-Hur mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Judah Ben-Hur yang difitnah oleh keluarga angkatnya sendiri yang bernama Messala. Sebab tuduhan tersebut, Ben-Hur dipaksa untuk berpisah dari keluarga dan isteri dia.

Setelah beberapa tahun tinggah di laut dan kapal yang ditumpanginya hancur, Ben-Hur terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan Ilderim. Ilderim ni memang baik dan sanggup tolong Ben-Hur untuk kembali ke tempat asal dia dan mem bersihkan namanya dan juga untuk membalas dendam terhadap Messala. 


 

REVIEW FILEM

Filem BEN-HUR ni memang bagus sebenarnya. Filem ni menggambarkan tentang impak buruk sifat tamak dan gila kuasa yang boleh membawa kita jatuh dan menyesal kemudian hari. Filem ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk meminta maaf dan memberi kemaafan sebab dengan kemaafan, boleh menyebabkan orang yang dimaafkan tu hidup dalam rasa tenang.

Aku suka tentang movie ni sebab nilai berdikari dan survival dia ni. Walaupun dia macam dah nak berputus asa sebab macam nasib malang je kan, tapi sebab teringatkan keluarga dia dan dengan bantuan orang baik, dia ada satu harapan. Dan dengan harapan itulah, satu empayar boleh berubah. So nak kata la, walaupun perubahan tu kecik je, tapi boleh bagi impak besar.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 5.7/10



No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^